100 PILIHAN CARA UNTUK BUAT DUIT SECARA ONLINE
- Jadi YouTuber Masakan
- Jual Makanan Dari Rumah
- Jual Muzik Anda Secara Online!
- Terbit dan Jual E-book
- Cipta Dan Jual Ilustrasi Anda
- Jadi Tutor Pendidikan Online
- Tawar Servis Terjemahan
- Sewakan Alatan Hobi Anda
- Tawar Servis Menulis Resume
- Tawar Servis Copywriting
- Sewaan Jangka Pendek (Melalui AirBnB)
- Labur Saham Secara Online Di Bursa Malaysia
- Khidmat Jurulatih Kecergasan Online
- Bina & Jual Aplikasi Sendiri
- Jadi Cikgu Bahasa Online
- Cipta & Jual NFT
- Jadi Penulis SEO
- Khidmat Suara Latar
- Kemahiran Analisis Data
- Jadi Pembantu Peribadi Secara Maya
- Personal Shopper
- Jual Rekaan Grafik
- Pembeli Barang Basah Secara Online
- Khidmat Pengurusan Akaun Media Sosial
- Menulis Blog
- Kerani Data Online
- Mulakan Podcast Anda
- Berdagang Forex
- Mulakan E-Dagang di Shopee atau Lazada
- Jual Stok Foto
- Penguji Perisian (Software Tester)
- Jual Buku Terpakai
- Jadi Pengasuh Haiwan Peliharaan (Petsitter)
- Cikgu Muzik Online
- Penyelidik Online
- Perkhidmatan Freelance Bookkeeping
- Jurubahasa Jarak Jauh
- Telemarketing
- Reka & Jual Logo
- Reka & Jual Baju/Beg
- Penyunting Video
- Khidmat Transkripsi
- Pereka e-Card
- Khidmat Draf Dokumen Undang-undang
- Jual Barang Secara Langsung di Facebook Live
- Jual Kraftangan
- Tulis & Jual E-Majalah Psikologi
- Jadi Copywriter Kandungan Bertaja LinkedIn
- Crowdfunding Projek Anda!
- Khidmat Slaid PowerPoint
- Pereka Laman Web Secara Freelance
- Bina WordPress Plugin
- Jual Produk Anda Melalui YouTube
- Jana Duit Di Space Twitter
- Jawab Online Survey (Berbayar)
- Jual Produk Digital di Gumroad
- Jual Kandungan Berstruktur di Skillshare
- Tulis Cerita Pendek/Puisi (dan Dibayar)
- Jadi Guru Produktiviti
- Menulis di Wattpad
- Jual Kata-kata Hikmah di Shopee
- Jadi BookTuber
- Khidmat Nasihat/Rundingan Secara Online
- Sewakan Kereta Anda
- Bina Laman Web e-Dagang
- Jadi Dietitian Secara Online
- Beli/Bina & Jual Laman Web (Website Flipping)
- Tukar Sampah jadi Duit
- Beli & Jual Domain
- Mulakan Syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS)
- Jadi Perunding Sumber Manusia Secara Online
- Jadi Perunding Pengemas Professional
- Perkhidmatan Pengurus Pengiklanan
- Khidmat Sokongan Teknikal
- Jadi Penguji Game (Tester)
- Perkhidmatan Sewa Laptop/Komputer
- Bina Game & Jual di AppStore/Google Play
- Cuba Jadi Game Streamer (atau Hobi Lain) di Twitch
- Tugasan di GoGet
- Peneman Pelancong di Kawasan Setempat
- Pereka UX/UI
- Dropshipping
- Penulisan Perniagaan
- Jadi Juruanimasi Freelance
- Khidmat Pruf (Proofreading)
- Tawar Servis Dunia Fesyen dari Rumah
- Melombong Matawang Kripto
- Kaunseling Secara Online
- Jadi Penggodam Beretika
- Jadi Penulis Kewangan
- Jadi Guru Agama
- Tanam & Jual Pokok Bunga/Sayuran
- Jual Haiwan Ternakan/Peliharaan
- Tawarkan Apa Jua Kepakaran Anda di Clarify.fm
- Jual Insurans Online
- Cipta & Jual Komik Digital
- Komisen Melalui Affiliate Marketing
- Khidmat Housekeeping atau Pembersihan Rumah
- Jadi Perunding Hartanah
- Jadi Influencer Yang Efektif
100 PILIHAN CARA UNTUK BUAT DUIT SECARA ONLINE
Pasti ramai berdoa agar keadaan dunia dapat kembali semula seperti sebelum penghujung tahun 2020, untuk pandemik segera berakhir. Anda tidak berseorangan. Ramai yang menderita akibat impak pandemik secara langsung atau tidak. Kejatuhan ekonomi sedunia mengakibatkan banyak perniagaan gulung tikar.
Media melaporkan peratusan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang bimbang kehilangan kerja ketika ini.
Namun, walau apa terjadi, rezeki untuk anda tetap ada. Usah risau. Anda hanya perlu ada keinginan untuk terus berusaha. Kami senaraikan 100 pilhan cara buat duit melalui online sebagai ikhtiar anda mencari cahaya di dalam suasana kelam kini. Daripada 100 pilihan ini, siapa tahu salah satu mungkin bersesuaian dengan kemahiran, pengalaman dan minat anda. Jom mulakan belajar 100 Pilihan cara untuk Buat Duit Secara Online
1. Jadi YouTuber Masakan
Kita mulakan dengan pilihan yang popular iaitu menjadi YouTuber masakan. Kenalkah anda dengan Che Nom? Keputusan beliau berhenti kerja sebagai jurutera untuk menjadi YouTuber masakan sepenuh masa memang berbaloi.

Saluran | Jumlah Penonton Video | Jumlah Pelanggan | Anggaran Pendapatan Bulanan (RM) |
Che Nom | 161,779,479 | 1,410,000 | 8,000 hingga 80,000 |
Buat Orang Lapo | 91,382,465 | 651,000 | 1,700 hingga 28,000 |
Azie Kitchen | 26,175,936 | 195,000 | 600 hingga 9,000 |
Azlita Masam Manis | 4,089,574 | 60.8K | 52 hingga 856 |
Macam sedap jer | 1,375,700 | 7.61K | 52 hingga 832 |
[Jadual 1: Jumlah anggaran pendapatan bulanan YouTuber Malaysia mengikut data Social Blade]
Peluang untuk jana pendapatan daripada serendah RM52 hingga mencapai enam angka memang terbuka luas, sama rata. Ayuh, fikirkan topik, capai telefon pintar anda dan mulakan langkah pertama sebagai YouTuber! Bacaan lanjut: Suatu ketika dahulu, YouTuber hanya menjana pendapatan melalui siaran iklan di saluran mereka. Kini, Program Rakan Kongsi Google atau tajaan jenama, cenderamata membantu YouTuber mempelbagaikan saluran pendapatan mereka.
2. Jual Makanan Dari Rumah
Percaya atau tidak, dalam keadaan sukar begini, satu perkara yang tidak akan berubah dengan rakyat Malaysia ialah selera Makanan. Rebut peluang untuk jana pendapatan dengan menggunakan kemahiran memasak anda.

Artikel MyRujukan ini boleh dijadikan panduan cara-cara untuk membuka bisnes jual masakan dari rumah. Bacaan lanjut: Jual makanan dari rumah tidak tersenarai di dalam Akta Makanan 1983, tetapi anda perlu ambil tahu selok-belok undang-undang pengendalian makanan untuk berniaga dengan selamat dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan. Baca lebih lanjut di sini.
3. Jual Muzik Anda Secara Online!
Anda berbakat dalam menggubah atau menulis muzik? Menjual single, album dan bunyi latar belakang secara online kini boleh diusahakan jika anda mempunyai minat, bakat dan ilmu yang bersesuaian. Dunia digital pula memastikan prospek pembeli anda datang daripada seluruh pelusuk dunia, tidak hanya terhad dari Malaysia. Jadi peluang untuk anda buat duit terbuka lebih luas. Suka?

4. Terbit dan Jual E-book
Katakan anda seorang penulis prolifik atau pelukis komik yang hanya mempunyai koleksi komik yang dilukis secara suka-suka, anda boleh buat duit dengan menjualnya secara online atau dalam bentuk e-book. Permintaan terhadap e-book sentiasa meningkat, lebih-lebih lagi di zaman pandemik sekarang.

Lupakan cara konvensional untuk mencari penerbit untuk memikirkan tentang percetakan dan promosi. Kini semuanya mudah dengan e-book. Anda hanya perlu cari pereka templat dan muka depan.
Banyak platform untuk menjual produk digital anda seperti Amazon, Smashword dan E-Sentral. Setiap satu sistem ini menerbit dan membayar royalti dengan sistem dan kiraan mereka sendiri.
Bacaan lanjut: Ada juga laman web tempatan yang mungkin dapat membantu anda untuk menerbitkan e-book seperti Teaspoon Publishing. Oh! Jangan lupa untuk daftarkan E-ISBN buku digital anda dengan perpustakaan negara.
5. Cipta Dan Jual Ilustrasi Anda
Kini dunia seni lukisan atau ilustrasi terbentang luas dengan pelbagai cabang yang berbeza-beza. Kita ada lukisan tradisional dan lukisan digital. Yang menariknya tanpa mengira medium, hasil seni anda kini boleh dijual secara online untuk peminat seni dari dalam atau luar negara.
Dua perkara penting; bina portfolio dan pengikut anda. Kedua-dua ini boleh dilakukan dengan adanya media sosial seperti Tik Tok, Instagram, Facebook dan Twitter.
Anda boleh terbitkan hasil karya anda sama ada karya digital atau tradisional dan kongsikan dengan pengikut medial sosial anda. Walaupun mengambil masa, tetapi orang lain akan sedar karya anda.

Bacaan lanjut: Dekati prospek dengan portfolio untuk berkolaborasi atau semak senarai pasaran online yang sesuai di sini. Pasaran digital NFT (Non-fungibal token) pun suatu medium baru yang sangat sesuai untuk menjual item secara digital. Cubalah!
6. Jadi Tutor Pendidikan Online
Ketika satu dunia terbalik ekoran pandemik, industri pendidikan turut terkesan. Dari institusi, tenaga pengajar, pelajar-pelajar hinggalah kepada ibu-bapa, semuanya sakit kepala memikirkan pendidikan yang sudah dua tahun terganggu.
Semua institusi pendidikan beroperasi penuh secara online setiap kali PKP. Pusat tusyen turut memulakan operasi pengajaran secara digital. Jadi lahirlah tutor online yang bergerak di bawah kelolaan institusi pendidikan swasta atau secara sendiri.

Pilihan kedua: bina platform online untuk perkenalkan servis anda seperti laman web sendiri atau media sosial, anda perlu ada pengkhususan untuk subjek yang boleh diajar dan sediakan bahan-bahan rasmi untuk menjadi tutor persendirian.
Bacaan lanjut: Mohd Noor ada berkongsi tip-tip untuk menjadi tutor sebagai rujukan. Apa-apa pilihan panda, kerja mulia ini jimat duit minyak!
7. Tawar Servis Terjemahan
Ramai rakyat Malaysia tahu sekurang-kurangnya dua bahasa. Untuk yang berminat dan berkebolehan bercakap dan menulis dengan lancar dalam sekurang-kurangnya dua bahasa [selalunya Bahasa Malaysia—Bahasa Inggeris], anda boleh tawarkan servis terjemahan untuk jana pendapatan.
Ada pelbagai cara untuk jadi penterjemah yang berjaya. Selain minat, kebolehan dan latihan yang banyak, anda digalakkan untuk mendapatkan pengalaman atau pensijilan atau kedua-dua sekali.
Banyak lubuk untuk anda dapatkan projek-projek terjemahan. Crazy Ants, Parttimepost dan Solvnex adalah contoh untuk platform tempatan. Untuk platform global, anda boleh cuba di Upwork, Fiverr, Proz, Translatorscafe dan Freelancer.

8. Sewakan Alatan Hobi Anda
Kadang-kadang minat yang mendalam terhadap sesuatu hobi tak semestinya ada untuk 24 jam. Contohnya PlayStation 5 atau basikal lipat Brompton M6L anda. Ada masa kita ingin berehat seketika dari bermain. Apa kata kita buat duit dengan ‘rehat’ sebegini? Anda boleh jana pendapatan dengan menyewakan alatan hobi anda. Lihat sahaja Rentsmartasia, Anda boleh iklankan apa sahaja alatan hobi di laman ini.

Jangan terkejut jika keuntungan anda melebihi kos membeli PlayStation 5 itu tadi. Lagipun, bukan senang nak beli PS5 dengan stok pasaran yang memang sangat terhad.
Bacaan lanjut: Untuk melindungi proses ini, sediakan perjanjian sewaan untuk memastikan penyewa dan diri anda dilindungi. Baca lebih lanjut mengenai hak dan tanggungjawab proses sewaan dalam Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Kontrak 1950.
9. Tawar Servis Menulis Resume
Kami berikan anda satu sifir mudah kali ini. Bilangan mereka yang mencari kerja akan sama dengan mereka yang telah kehilangan kerja. Mereka memerlukan satu perkara yang sama; resume yang efektif.

Secara ringkas, resume yang efektif mempunyai ciri-ciri berikut:
- kemahiran kritikal ditunjukkan secara jelas;
- pengalaman kerja yang lengkap (senarai majikan, jawatan dan lain-lain), untuk penerangan ringkas gunakan dalam bentuk point;
- maklumat peribadi dan butiran untuk dihubungi; dan
- ringkas tetapi padat dengan informasi asas.
Jika anda mempunyai kemahiran menulis resume yang bagus, jangan sia-siakan. Tawarkan servis kepada mereka di luar sana yang memerlukan bantuan anda.
Bacaan lanjut: Penulisan resume selalunya datang sekali dengan permintaan menulis surat iringan (cover letter). Terdapat banyak templat untuk resume di online untuk dirujuk. Anda juga boleh lihat di sini sebagai panduan menulis resume.
10.Tawar Servis Copywriting
Tahukah anda, dalam dunia pemasaran penulisan boleh mempengaruhi keuntungan sesuatu perniagaan? Jika anda boleh meyakinkan diri anda untuk mula menulis, anda boleh meyakinkan orang ramai untuk cuba produk terhangat di pasaran.

Untuk meningkat kemahiran copywriting, artikel oleh SendPulse ini membincangkan langkah-langkah untuk menghasilkan naskah bertulis jualan yang bagus. Selain itu, [Copy]writers Hub Malaysia banyak memberikan maklumat, perbincangan, bengkel penulisan dan peluang kerja di kalangan copywriter di Malaysia.
Platform online gig tempatan seperti Rtist dan aplikasi TheKedua antara yang sesuai untuk anda sertai bagi membina portfolio copywriting selain daripada Upwork, Fiverr dan Freelancer.
Bacaan lanjut: Anda juga boleh cuba dekati agensi-agensi digital marketing untuk dapatkan peluang. Paling penting, Copywriting bukan kerjaya yang murah. Rujuk mengenai copywriting melalui Danial Arif di sini.
11.Tawar Servis Copywriting

No. | Kelebihan | Kekurangan |
1. | Sumber pendapatan yang konsisten (sebelum wabak covid) terutama di lokasi tumpuan. | Menjadi hos memenatkan dan perlukan komitmen masa dan tenaga yang banyak. Sebagai pilihan, anda perlu mengupah pihak ketiga untuk menguruskan unit sewaa anda. |
2. | Yuran perkhidmatan yang rendah. | Mungkin terdapat kerosakan pada unit sewaan yang tidak dilindungi oleh syarat-syarat Airbnb. |
3. | Fleksibel dan lebih kawalan terhadap unit sewaan sendiri. | Undang-undang mungkin akan berubah untuk mengawal selia sewaan jangka pendek. |
[Jadual 2: Kelebihan dan kekurangan menjadi host Airbnb mengikut Bermudiana.com] Selain daripada Airbnb, terdapat juga platform lain di Malaysia seperti iBilik, HomeAway atau pun Facebook, seperti dilakukan oleh Khairul untuk homestay ini.
Bacaan lanjut: Mengenai status perundangan sewaan jangka pendek ini, pihak kerajaan persekutuan tidak menggubal undang-undang khas untuk industri sewaan jangka pendek ini. Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang di dalam proses akhir untuk menggubal undang-undang mengawal selia perkhidmatan jangka pendek dan mungkin akan dikuatkuasakan kelak.
12. Labur Saham Secara Online Di Bursa Malaysia
Perdagangan saham menjadi lebih mudah dengan adanya platform online. Di Bursa Malaysia, peluang sebegini terbuka umum tetapi ramai yang tidak tahu mengenainya.

- Langkah 1: Buka Akaun CDS dan Trading
Akaun CDS atau central depository system, berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham selepas dibeli atau dijual. Akaun ini dikawalselia oleh Bursa Malaysia Sdn Bhd.
Akaun kedua adalah Akaun Trading. Akaun ini boleh dibuka dengan broker merekodkan transaksi jual beli saham mengikut broker yang anda pilih. Anda perlu sediakan:
- Kad pengenalan;
- Penyata akaun bank; dan
- Bayaran sebanyak RM10
- Langkah 2: Masukkan modal untuk pelaburan
Masukkan modal atau modal pelaburan ke dalam nombor akaun trading. Anda boleh memilih remisier broker tersebut untuk melaksanakan transaksi mengikut arahan anda.
- Langkah 3: Mulakan transaksi
Apabila modal sudah tersedia dan akaun diaktifkan, anda boleh membeli kaunter saham yang diinginkan.
Bacaan lanjut: Pelaburan saham mempunyai risiko kerugian dan juga keuntungan. Dapatkan nasihat daripada mereka yang lebih pakar. Lihat di laman web Bursa Malaysia untuk senarai broker. Selain daripada broker, anda boleh cuba Rakuten Trade untuk perdagangan saham online dengan bayaran brokerage yang rendah dan ganjaran RT Points.
13. Khidmat Jurulatih Kecergasan Online

14. Bina & Jual Aplikasi Sendiri
Bagi yang tidak tahu mengenai coding, jangan risau ada laman web seperti GoodBarber dan AppYourself boleh membantu anda tanpa perlu tahu tentang coding. Jika anda ingin merasa pengalaman membina sendiri aplikasi, artikel terkini ini dapat membantu anda.

Selain itu, anda boleh jadikan carian di Google Trends untuk melihat permintaan atau perkara yang sering dicari orang ramai terutamanya rakyat Malaysia, seperti yang diajarkan melalui artikel oleh LearnAppsMaking ini.
Sekiranya anda sedang atau sudah menyiapkan aplikasi, anda boleh cuba menjual di platform seperti Flippa.com.
Bacaan lanjut: Jika anda berminat untuk membina aplikasi dengan serius, ada syarikat tempatan yang menganjurkan kursus secara online dengan bayaran bulanan serendah RM10. Anda boleh merujuk appsmillion untuk bacaan lanjut.
15.Jadi Cikgu Bahasa Online
Jika No. 6 kita telah bercakap tentang Jadi Tutor Online dan No. 7 Tawar Servis Terjemahan, sekarang kita pergi lebih spesifik dengan jadi cikgu bahasa secara online pula.

Bayaran untuk tutor bahasa selalunya dikira mengikut masa seperti di Tutoroo ini. Lebih lama anda mengajar, lebih banyak anda boleh dibayar.
Kini, banyak pusat bahasa semakin fleksibel dengan menawarkan program secara online untuk norma baru musim pandemik.
Home Tution Malaysia adalah contoh platform yang anda boleh cuba untuk mengajar bahasa secara online. Selain itu, anda boleh juga tawarkan servis tutor bahasa di pusat bahasa seperti My Teacher Languages dan Inter-Cultural Language School. Bacaan lanjut: Bagi mereka yang ingin mencuba bidang ini tanpa terikat dengan pusat bahasa, Natasha Saednejad ada berkongsi tip-tip menarik untuk memulakan kelas bahasa online anda sendiri. Rebut inisiatif ini untuk mencari peluang menjadi cikgu bahasa online!
16. Cipta & Jual NFT
Dunia digital sangat luas dan sentiasa berkembang. Kini setiap lukisan, GIF atau meme yang anda buat boleh dijual dalam bentuk NFT iaitu token tidak mudah alih yang beroperasi dengan teknologi blockchain. Ia berbeza daripada matawang krypto.

- Ilustrasi
- Meme
- GIF
- Temu bual audio
- Artikel
- Penulisan fiksyen
- Catatan
Sebelum menjual apa-apa aset di pasaran NFT, anda juga perlu pek (mint) aset-aset tersebut sewajarnya.
Jadi jika anda ingin menjadi pelopor, anda disarankan membuat kajian lebih lanjut untuk memilih pasaran NFT, seperti SuperFarm, dan dompet digital, seperti MetaMask, yang bersesuaian dengan kehendak anda.
Bacaan lanjut: Konsep dan penerimaan NFT masih tidak diterokai di Malaysia sepenuhnya. Anda boleh belajar lebih lanjut mengenai cara-cara mencipta dan menjual NFT di sini.
17. Jadi Penulis SEO
Penulis SEO ialah sesiapa yang menulis isi-isi yang mesra Search Engine Optimisation (SEO) di enjin carian Internet terutamanya Google. Ia juga satu kerjaya yang lumayan jika lubuk rezeki yang tepat dijumpai. Tidak mustahil untuk dijadikan kerjaya sendirian dan memang secara online!

Pakar SEO bagi syarikat-syarikat besar dibayar dengan gaji yang besar. Ada yang mencecah 5 angka.
Begitu pentingnya penulisan mesra SEO ini sehingga setiap pendekatan marketing apa-apa sahaja perniagaan akan fokus untuk berada di halaman pertama enjin carian.
Untuk platform tempatan anda boleh cuba eRezeki, TheKedua atau Parttimestreet. Jika anda mahu tembusi pasaran lebih meluas, laman web seperti Upwork dan Truelancer memang penuh dengan peluang penulisan SEO.
Anda juga boleh tawarkan servis penulisan SEO untuk syarikat-syarikat permulaan yang sedang mengusahakan laman web dan membangunkan kehadiran online mereka (di halaman join us atau sertai kami), selain bagi melariskan produk dan servis yang mereka tawarkan. Dekati mereka dengan cadangan servis penulisan SEO anda.
Bacaan lanjut: Bagi yang berminat dengan kerjaya ini, Khir Khalid ada berbincang tentang apa itu artikel mesra SEO. Belajar lebih lanjut tentang keperluan yang boleh menjadikan anda pakar SEO.
18. Khidmat Suara Latar
Perasankah, suara latar untuk program informasi dan iklan mempunyai suara yang dikatakan ‘kena’ dengan apa yang sedang berlaku di skrin atau iklan di radio.
Anda juga boleh mencuba bidang suara latar ini untuk mencari pendapatan tambahan. Anda hanya perlu menghantar demo suara anda secara online kepada pihak-pihak penerbitan atau pemasaran.
Selain itu, anda boleh cuba mencari peluang di platform khas berasaskan digital seperti TheKedua dan Rtist.
Tentang bayaran pula, data daripada Persatuan Suara Malaysia atau Voice Guild Malaysia (VGM) mencadangkan bayaran minimum bagi buku audio adalah sebanyak RM1,000 untuk 10,300 patah perkataan dan ke bawah serta RM300 bayaran minimum bagi siaran iklan.

19. Kemahiran Analisis Data
Seseorang penganalisis data atau saintis data akan menganalisis data yang telah dikumpulkan untuk mencari penyelesaian atau trend terhadap sesuatu masalah.
Khidmat mereka diperlukan dalam pelbagai industri.
Selain itu, mereka juga perlu mempunyai kemahiran asas dalam program seperti SAS, SPSS, MATLAB R dan Phyton. Worldscholarshipforum mempunyai informasi asas bagaimana menjadi seorang penganalisis data.
Dalam dunia pemasaran digital, syarikat pemasaran membuat keputusan berdasarkan data yang telah dianalisa untuk keputusan penting seperti sasaran pembeli dan kaedah pengiklanan sesuai.
Di Malaysia, seseorang penganalisis data perlu mempunyai ijazah sekurang-kurangnya dalam Matematik, Sains Data, Statistik atau Teknologi Maklumat.
Menurut portal pekerjaan Jobstreet, purata gaji bulanan penganalisis adalah dalam lingkungan RM3,330.00 sebulan.

20. Jadi Pembantu Peribadi Secara Maya
Banyak peluang pekerjaan secara jarak jauh menjadi popular ketika zaman pandemik ini. Contohnya, pembantu peribadi maya.
Antara skop pekerjaan seorang pembantu peribadi maya ialah seperti kerja-kerja pengkeranian, menguruskan jadual dan aktiviti syarikat, entri data, penyelidikan dan pengurusan maklumat dan medipeluang seumpama ini ada di platform tempatan seperti pengurusan yang bagus, anda waja pertimbangkan peluang ini.
Banyak iklan peluang seumpama ini ada di platform tempatan seperti Maukerja, FastJob dan Ricebowl. Peluang tidak terhad hanya kepada syarikat Malaysia sahaja, and juga boleh cuba platform global yang lain.
Anda boleh pilih sama ada secara separuh atau pun sepenuh masa. Maulana Adieb ada berkongsikan lebih lanjut mengenai aspek-aspek penting dalam menjadi pembantu peribadi maya.

21. Personal Shopper
Tugas personal shopper adalah mencari dan membeli barang yang dipesan pelanggan. Ada juga perkhidmatan yang khusus kepada barang-barang tertentu seperti beg tangan berjenama yang sukar didapati di pasaran tempatan ataupun alatan dapur dan perabot.

Malah, seorang personal shopper dari Malaysia yang menjalankan perkhidmatan secara persendirian, mempunyai laman web sendiri, nadiatheshopper.com.
Margin keuntungan pula diperoleh dengan pembeli secara terus atau jika anda sudah tahu pembekal atau penjual di sana, anda berbincang untuk harga barangan yang lebih murah.
Maryam, seorang personal shopper menawarkan perkhidmatan membeli barang-barang di IKEA Malaysia dengan bayaran upah yang dipersetujui.
Apa yang penting, anda mesti tahu keadaan tempat, pasaran dan ketulenan barang yang ingin dibeli untuk mengelakkan sebarang masalah dan kos yang melebihi harga perkhidmatan. Bacaan Lanjut: Untuk membantu persediaan anda menjadi personal shopper, penulis Hasrul Hassan ada memberi tips untuk menjadi personal shopper.
22. Jual Rekaan Grafik
Bagi mereka yang berjiwa seni dan suka mencipta rekaan grafik yang menarik, anda pasti suka tentang peluang ini. Tahukah anda boleh jual rekaan anda dengan mudah di pasaran grafik online?

Dan ramai yang mahukan hasil segera dengan rekaan sedia ada yang mudah didapati untuk jimatkan masa. Di sinilah peluang yang anda perlu rebut.
Laman-laman web untuk rekaan grafik yang popular seperti Etsy, Canva, Vecteezy dan Evanto Elements memang sentiasa membuka peluang kepada penyumbang kreatif.
Mereka semua menggunakan pendekatan mudah iaitu Daftar, Sumbang dan Dibayar; tiga langkah yang mudah untuk anda mula jana duit dengan buat rekaan grafik untuk dunia.
Bacaan lanjut: Selain melalui laman web kreativiti, anda juga boleh bergerak secara sendiri sebagai pereka grafik freelance dan pastikan setiap projek ada kontrak. Baca lebih lanjut mengenai kegunaan kontrak sebagai freelancer di sini.
23. Pembeli Barang Basah Secara Online
Nampak sama seperti personal shopper. Tetapi oleh kerana barang basah antara bahan paling dicari ketika PKP, kami berpendapat perlu ada satu topik khas untuk perkhidmatan membeli barang barang basah secara online.
Sesiapa sahaja boleh mencuba perkhidmatan ini. Bayangkan tugas anda tetap tidak berubah, pergi ke pasar pada waktu pagi, tetapi pada masa yang sama ada orang lain kirim sekali pesanan mereka. Sebagai contoh, anda boleh rujuk Pasar Online KL, Ikan Segar Online dan Barang Dapur Basah.

Margin keuntungan perlu mengambil kira faktor barang kawalan. Harga barang-barang basah juga sentiasa berubah mengikut permintaan dan cuaca.
Bacaan lanjut: Untuk memastikan anda dapat mengira harga kos dan keuntungan yang dijangkakan, anda perlu sentiasa berwaspada dengan harga yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sila rujuk di sini untuk melihat senarai barang kawalan terutamanya musim perayaan.
24. Khidmat Pengurusan Akaun Media Sosial
Ada syarikat, terutamanya yang baru bermula memerlukan seseorang untuk menguruskan akaun media sosial secara khusus. Terdapat juga golongan selebriti atau orang yang dikenali umum perlukan pengurus media sosial. Kerjaya ini boleh dilakukan dari rumah dan secara separuh masa. Sekali-sekala, mungkin perlu berjumpa dengan pelanggan anda.

Kerjaya ini sesuai dengan mereka yang aktif di media sosial dan jika ada kelayakan seperti Facebook Blueprint, anda mempunyai kelebihan yang besar dan boleh berunding bayaran yang lebih tinggi.
Bacaan lanjut: Bagi mereka yang berminat, Pengurus Media Sosial ada menawarkan kursus dan cara untuk menguruskan media sosial.
25. Menulis Blog
Blogging bukanlah sesuatu perkara yang ganjil di zaman ini. 20 tahun sejak kemunculan dunia blogosphere, penulis blog atau blogger telah menjadi sebahagian dari kuasa media di seluruh dunia.
Pengaruh sesuatu penulisan memang menarik perhatian, tetapi kebolehan menjana wang sebagai penulis blog penting di masa ini perlu dipelajari.

Masa berubah, pendekatan menjana duit dengan menulis blog juga lain berbanding 10 tahun dahulu di mana era Nuffnang menjadi peneraju blogosphere Malaysia.
Jika anda sekadar menjadi penulis untuk blog orang lain, anda boleh sahaja rujuk iklan di Fiverr, Upwork, Freelancer dan laman-laman web yang seumpama. Tetapi untuk anda ada kawalan kreatif secara total, perkara pertama yang anda perlu ada pastilah sebuah blog atau website sendiri.
Antara cara-cara menggunakan blog untuk jana duit ialah:
- Google Adsense
- MGID Advertisement
- Program affiliate untuk Shopee, Lazada, Amazon
- Program affiliate AccessTrade
- Sewa ruang iklan
- Ulasan produk berbayar
- Tajaan Produk
- Posting tajaan
Sebenarnya, blog ini berfungsi sebagai satu platform. Anda perlu bijak mencari fungsi-fungsi bersilang (cross-functional) untuk mengoptimumkan pendapatan anda melalui cara ini.
Bacaan lanjut: Jangan lupa, ilmu penulisan SEO seperti cara ke 17 penting untuk blogging di zaman moden ini. Tema blog anda penting untuk menarik lebih ramai pelawat. Baca lebih lanjut tentang jana duit melalui blogging di sini.
26. Kerani Data Online
Anda hanya perlukan laptop dan juga sambungan internet. Selalunya skop kerja ini melibatkan memasukkan dokumen berbentuk pdf dan juga imej yang diimbas kepada satu dokumen taburan data.
Anda tidak boleh membuat silap ketika memasukkan data dan tugasan biasanya perlu disiapkan segera.
Dari segi platform, laman web yang lebih selamat dan dipercayai seperti Upwork dan Truelancer banyak menawarkan kerja sebegini. Meskipun jumlah data yang perlu dimasukkan kebiasaannya banyak, bayaran yang diterima adalah dalam matawang Dollar.

Meskipun begitu, hati-hati dengan peluang pekerjaan yang meragukan untuk mengelakkan ditipu. Artikel oleh Sabree Hussin mungkin membantu anda untuk mengelakkan ditipu apabila mencari pekerjaan perkeranian data di Google.
Bacaan Lanjut: Anda boleh merujuk kepada blog khusus berkenaan kerani data di bekerja-data-entry. Terdapat banyak info dan tips dikongsikan. Selain itu, Monster.com ada memberi panduan untuk mengenalpasti tawaran kerja online yang meragukan
27. Mulakan Podcast Anda
Podcast adalah fail audio bersiri yang boleh dimuat turun ke peranti. Kami senaraikan soalan-soalan yang boleh membantu anda memulakan podcast sendiri.

- Apa topik yang sesuai?
Pilih topik yang sesuai. Pastikan topik yang dipilih mempunyai sumber rujukan meluas dan mampu menarik minat pendengar.
- Siapa pendengar anda?
Buat sedikit kajian tentang sasaran pendengar. Tidak salah untuk mendengar podcast lain untuk berikan idea yang lebih baik dan ditambah baik.
- Apa format yang sesuai?
Ada beberapa jenis format yang boleh difikirkan. Contohnya, anda boleh bercakap seorang atau perbincangan dalam bentuk dua hala.
- Apa nama tajuk podcast?
Nampak mudah tapi mungkin paling sukar. Pilih nama yang mudah tetapi kreatif dan relevan dengan topik.
Untuk memastikan audio yang berkualiti, Podcastinsights ada menyenaraikan peralatan yang dapat menjamin audio berkualiti tinggi. Artikel oleh Ella Amis ini menerangkan bagaimana memastikan podcast anda menjana pendapatan.
Bacaan Lanjut: Ada podcast berbahasa Malaysia disiarkan di platform seperti player.fm. Malah, ada juga menawarkan topik belajar Bahasa Malaysia melalui podcast seperti dibuat oleh Mohamad Faeze di Spotify.
28. Berdagang Forex
Topik sebelum ini menyebut tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia. Konsep jual beli yang sama dipakai di dalam perdagangan mata wang asing (forex).

Perdagangan forex dipengaruhi oleh beberapa faktor dan Compare Hero boleh membantu anda memahami konsep perdagangan forex ini melalui artikel mereka.
Di Malaysia terdapat kelas-kelas intensif untuk mereka yang ingin berdagang secara serius, contohnya seperti di Kursus Belajar Forex dan Welltrade.
Sebagai permulaan, anda perlukan platform dagangan seperti Meta Trader 4. Anda boleh merujuk artikel oleh Bezinga untuk memilih platform dagangan terbaik di Malaysia untuk berdagang.
Apa-apa pun, meskipun terdapat pelbagai teknik dan strategi, masih terdapat risiko kerugian yang perlu ditanggung oleh pedagang. Berdaganglah dengan bijak.
Bacaan Lanjut: Jadilah pedagang yang peka dengan undang-undang semasa, anda boleh menyemak Investor Alert List untuk melihat pihak-pihak yang disenarai hitam dan dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
29. Mulakan E-dagang di Shopee atau Lazada
Mengapa Shopee atau Lazada? Menurut data Statista, semasa PKP berkuatkuasa dua platform tersebut menjadi pilihan lebih 50 peratus rakyat Malaysia.

Walaupun pelbagai jenis barang boleh dijual (kecuali bahan terlarang di sisi undang-undang), anda perlu fikirkan bagaimana untuk meningkatkan jualan. Split Dragon menulis satu artikel berinformasi untuk meningkatkan jualan di Shopee.
Bacaan Lanjut: Walaupun platform e-dagang tidak menghalang penjual sama ada syarikat atau individu untuk menjual, anda masih perlu mematuhi undang-undang perniagaan di Malaysia, khususnya peraturan tanda harga. Untuk syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian pastikan perniagaan anda berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lesen perniagaan masih sah. Ketahui juga hal-hal berkaitan cukai pendapatan e-dagang melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
30. Jual Stok Foto
Bagi peminat fotografi, anda boleh jana duit dengan foto-foto (monetise) yang anda ambil dengan jual stok foto kepada pelbagai laman web stok foto di Internet.

- Laman web anda sendiri – Amat wajar dipertimbangkan;
- Shutterstock – Mereka telah membayar royalti kepada komuniti penyumbang dari seluruh dunia sebanyak USD1 bilion;
- Vecteezy – Mereka sangat unik kerana walaupun imej percuma diberikan kepada pelanggan, setiap 1000 muat turun anda tetap akan dibayar!;
- Etsy – Mereka mempunyai 30 juta pengguna dan anda boleh pilih untuk jual imej cetakan atau digital di sini. Mereka benarkan anda sendiri tetapkan harga foto-foto; dan
- Evanto Market – Mereka telah membayar royalti kepada komuniti penyumbang dari seluruh dunia sebanyak USD1 bilion. Menariknya, Evanto Market sangat luar, bukan terhad kepada foto semata.
Kini anda sendiri boleh lihat bagaimana hobi anda boleh bertukar menjadi kerja secara online jika anda tahu caranya.
Bacaan lanjut: Selain daripada laman web stok foto, seperti artikel #16 Cipta & Jual NFT, anda boleh menjual imej dalam bentuk NFT. Jika anda berminat lebih lanjut tentang penjualan foto secara online, anda juga boleh daftar kelas Foto Wang yang dikelolakan oleh jurufoto terkemuka tanah air, Saiful Nang.
31. Penguji Perisian (Software Tester)
Khidmat ini semangnya boleh dilakukan dari rumah. Anda perlukan sekurang-kurangnya ijazah dalam Sains Komputer atau bidang berkaitan.
Sebagai penguji perisian, anda akan terlibat dalam bahagian Jaminan Mutu (Quality Assurance) untuk sesuatu perisian; anda bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan dan penggunaan perisian secara berterusan.
Softwaretestingclass ada menulis artikel lengkap tentang bagaimana menjadi seorang penguji perisian.

Selain itu, menurut tips yang diberikan oleh Radio Senyap, anda perlu memiliki kemahiran menjalankan proses ujian seperti Functional & Performance Testing, Usability dan banyak lagi bergantung kepada pengkhususan.
Bacaan Lanjut: Terdapat banyak alatan (tools) yang digunakan oleh penguji perisian seperti Selenium, Laravel dan lain-lain lagi. Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB) adalah agensi kerajaan yang mengawal kualiti perisian. Anda boleh menduduki skim Penguji Bertauliah menambah kelayakan sebagai penguji perisian.
32. Jual Buku Terpakai
Kalau sebelum ini kami kongsikan cara untuk sewakan peralatan hobi-hobi anda, kini kami ingin cadang anda jual buku-buku terpakai yang sudah dibaca.
Pasaran buku terpakai amat luas. Anda boleh iklankan hampir di mana-mana sahaja platform online seperti Mudah, Lazada, Carousell dan di semua media sosial anda.

- Tulis sinopsis ringkas untuk buku-buku yang ingin dijual;
- Sertakan gambar jelas untuk setiap buku tersebut;
- Sertakan memori penting jika bernilai. Contohnya, buku anda adalah edisi terhad, hadiah dari penulis sendiri atau pun naskah bertanda tangan;
- Guna pelbagai platform online. Jangan hanya fokus kepada satu sahaja; dan
- Pastikan anda kenalpasti lokasi penghantaran yang diingini dan sistem penghantaran yang efektif;
Bacaan lanjut: Di Facebook, kumpulan tempatan iaitu Second Hand Books Malaysia memang menjadi lubuk pembeli dan penjual buku-buku terpakai. Cubalah!
33. Jadi Pengasuh Haiwan Peliharaan (Petsitter)
Anda suka haiwan? Anda boleh buat duit dengan cinta jenis ini. Jadilah pengasuh haiwan peliharaan berbayar untuk tuan-tuan haiwan yang perlu bantuan pengasuh ketika mereka perlu berjauhan sementara.
Laman web tempatan seperti Jompaw tidak mewajibkan sijil khas untuk menjadi Petsitter tetapi perlukan pengetahuan asas penjagaan haiwan peliharaan.

- Pertama, menawarkan servis anda secara sendiri. Cara ini memerlukan anda membina satu reputasi untuk dipercayai terlebih dahulu. Mulakan dengan haiwan peliharaan ahli keluarga atau kenalan terdekat dan minta testimoni mereka untuk iklankan servis anda. Oh, pastikan anda duduk di kawasan yang tidak menyekat kehadiran haiwan peliharaan seperti sesetengah apartment.
- Kedua, melalui Petbacker yang sudah lama bertapak di Malaysia. Servis mereka membenarkan anda memilih jenis servis, jenis haiwan, prospek di kawasan berdekatan dan pembayaran yang mudah dan dipercayai. Paling menarik, mereka menawarkan insuran untuk haiwan yang dijaga. Lega?
Bacaan lanjut: Anda juga boleh iklankan servis anda di laman-laman web seperti Petfinder Malaysia, dan Perromart. Pastikan anda ikut segala panduan yang ada dalam Kod Amalan Kebajikan Haiwan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
34. Cikgu Muzik Online
Syarat ketat PKP menyebabkan rata-rata pusat muzik tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Jika anda berbakat, tidak kira sama ada mempunyai kelayakan atau bersandarkan pengalaman semata-mata, anda boleh cuba idea ini.
Ada pengajar menggunakan media sosial seperti Facebook untuk menawarkan kelas muzik. Seorang pengajar muzik tempatan, Cikgu Fadli pula menawarkan video tutorial selain daripada kelas muzik online.

35. Penyelidik Online
Khidmat penyelidik atau researcher diperlukan tidak hanya untuk akademik. Antara tugas-tugas seorang penyelidik online termasuk mencari data dan maklumat khusus yang dikehendaki oleh pelanggan. Kriteria berbeza untuk seseorang penyelidik online boleh dilihat pada iklan di Glassdoor ini.

Selain daripada platform seperti Upwork dan Freelancer, anda boleh menggunakan Askwonder yang lebih spesifik untuk peluang kerja penyelidikan secara online. Anda perlu berhati-hati dengan skim penipuan yang mengharapkan kerja secara percuma sahaja.
Artikel oleh Aofirs.org menerangkan dengan lengkap cara dan juga apa kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelidik secara online.
Bacaan lanjut: SEA Digital Library menyediakan koleksi bahan ilmiah dan jurnal digital sebagai bahan rujukan. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan sangat berguna kepada penyelidik online.
36. Perkhidmatan Freelance Bookkeeping
Bookkeeping adalah salah satu bahagian dalam perakaunan. Investopedia menerangkan bagaimana bookkeeping berfungsi untuk sesebuah syarikat. Bookkeeping merupakan aktiviti merekod transaksi akaun perniagaan. Sasaran pelanggan anda adalah syarikat bersaiz kecil yang tidak memerlukan pekerja akaun sepenuh masa.
Jika anda mempunyai asas perakaunan dan teliti dalam membuat kerja, anda boleh menawarkan perkhidmatan ini pada beribu syarikat kecil diluar sana.
Hubungi mereka dengan mengiklankan perkhidmatan anda atau pun cari peluang di platform online.
Dari segi bayaran, 3E Accounting mengenakan bayaran serendah RM500 sehingga RM1,900 bergantung kepada status sesebuah syarikat.

37. Jurubahasa Jarak Jauh
Ada tiga jenis jurubahasa: serentak, berturut dan isyarat. Ketiga-tiga profession ini amat penting dalam setiap acara terutamanya acara rasmi.

- Jurubahasa serentak: Selalunya ia diperlukan untuk menterjemah dari bahasa asing kepada bahasa ibunda. Bermaksud anda perlu mengetahui lebih dari 1 bahasa.
- Jurubahasa berturut: Servis ini selalu dipakai ketika prosiding di mahkamah atau di acara-acara rasmi yang lain.
- Jurubahasa isyarat: Jika anda kenal Tan Lee Bee, penterjemah popular yang sudah 35 tahun di RTM, anda pasti tahu tugasan ini memerlukan kemahiran berbahasa isyarat. Anda boleh baca lanjut tentang bahasa isyarat di Malaysia melalui artikel Mind ini.
Anda boleh mencari peluang pekerjaan menjadi jurubahasa jarak jauh di pelbagai platform tempatan seperti Solvnex atau pun global seperti Fiverr dan Freelancer jika anda menawarkan khidmat secara persendirian dan separuh masa.
Bacaan lanjut: Jika anda ingin tahu serba banyak mengenai kerjaya jurubahasa dalam konteks pekerjaan awam, cuba baca deskripsi skop pekerjaan yang dicari oleh Suruhan Perkhidmatan Awam Malaysia.
38. Telemarketing
Tawaran kerja telemarketing kini lebih meluas dengan adanya platform freelance. Anda berpeluang bekerjasama dengan syarikat luar negara dan dibayar dalam Dollar. Malah, Jobstreet.com menyenaraikan telemarketing sebagai salah satu pekerjaan dari rumah yang boleh dipercayai dari skim penipuan kerja.
Pekerjaan telemarketer kini juga boleh dilakukan daripada rumah dan masa bekerja yang lebih fleksibel seperti mana iklan di bawah ini:

39. Reka & Jual Logo
Logo merupakan identiti bagi sesuatu perniagaan. Ia merupakan perkara terpenting untuk apa-apa entiti syarikat sekalipun.
Rekaan logo ialah suatu kerja yang tidak mungkin luput dek zaman. Jika anda berminat dengan rekaan grafik, jadikan rekaan logo sebagai pengkhususan anda.

Anda boleh buka website anda sendiri atau tawarkan servis anda melalui media sosial dan juga secara online. Rtist adalah platform tempatan khusus untuk industri kreatif dan pemasaran digital untuk anda pertimbangkan.
Bacaan lanjut: Anda perlu buat kajian lanjut bagaimana nak pakejkan hasil rekaan anda untuk pelanggan anda. Cuba baca info lanjut di sini.
40. Reka & Jual Baju/Beg
Industri kreatif semakin berkembang dengan adanya teknologi dan pencetakan yang lebih canggih. Anda boleh menggunakan konsep print-on-demand untuk menjalankan perniagaan sebegini.

Mijan Art, seorang pelukis berbakat pula melukis di atas beg tote yang kosong dan menjual kepada pelanggan yang telah menempah. Jika anda mahukan platform lain untuk menjana pendapatan, anda boleh merujuk penulisan Leslie Truex di sini.
Bacaan lanjut: Sentiasa peka dengan undang-undang terpakai dalam menjalankan perniagaan kreatif sebegini. Semak MYIPO dan juga Akta Perihal Dagangan 2019 untuk memastikan rekaan anda tidak melanggar mana-mana peruntukan dan juga cap dagangan yang berdaftar.
41. Penyunting Video
Bidang ini mungkin memberi pulangan yang lumayan kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran dan kelengkapan suntingan yang berteknologi tinggi.
Selain daripada suntingan, anda boleh tawarkan perkhidmatan mengambil video untuk sesebuah acara. Aliffjj merupakan contoh bagaimana perkhidmatan suntingan video dilakukan secara profesional dan berpengalaman.
Dari segi bayaran, anda boleh mengenakan bayaran perkhidmatan bergantung kepada pengalaman dan pakej tersedia kepada pelanggan.
Maklumat di Twine.com menyatakan ada penyunting video mengenakan bayaran sebanyak USD200 (lebih kurang RM800 sehari) untuk kerja suntingan.

42. Khidmat Transkripsi
Sebagai permulaan, anda hanya memerlukan laptop/komputer dan juga earphone. Tidak dinafikan terdapat aplikasi atau perisian yang menawarkan transrikpsi secara automatik. Namun, tawaran transkripsi manual masih lagi banyak dipasaran.
Ada banyak platform yang menawarkan kerja-kerja transkripsi. Mengikut data diperolehi dari Salaryexpert, secara purata kerja-kerja transkripsi dibayar sebanyak RM23 bagi setiap jam. Jika dibandingkan, platform atau agensi luar negara menawarkan jumlah yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, TranscribeMe menawarkan peluang untuk mendapat USD15 hingga USD22 bagi audio selama satu jam.

Bacaan lanjut: Transkripsi perubatan boleh dijadikan sebagai kerjaya kerana permintaan yang tinggi dan memerlukan latihan khusus. Malaysiaeducationinfo mempunyai maklumat lengkap bagaimana untuk jadikan transkripsi perubatan sebagai kerjaya masa depan.
43. Pereka e-Card
Jual dan reka kad ucapan secara online. Kad ucapan mungkin kedengaran agak kolot dengan dunia digital kini. Namun, kad ucapan elektronik atau e-card menawarkan peluang untuk menjana pendapatan kepada anda sebagai pereka.
Syarikat tempatan seperti ecardmalaysia menjalankan perkhidmatan e-card terutamanya kepada syarikat korporat di Malaysia.
Memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, lebih banyak perayaan di sambut oleh masyarakat kita. Rebut peluang ini dengan mereka e-card sambutan perayaan di Malaysia.
Zazzle menawarkan skim royalti kepada pereka kad yang ingin menjual e-card rekaan mereka. Dalam kata lain, ini boleh menjadi pendapatan pasif untuk jangka masa panjang,

44. Khidmat Deraf Dokumen Undang-undang
Jika anda berkelulusan undang-undang, anda boleh menawarkan khidmat menderaf dokumen perjanjian kontrak, memorandum syarikat, kontrak pekerjaan dan banyak lagi dokumen undang-undang. Tidak kira sama ada anda seorang peguam atau para legal, jika anda mempunyai kepakaran dan berpengalaman, bidang ini sesuai untuk anda.
Menerusi carian di Truelancer, kami mendapati ramai yang berkelulusan undang-undang menawarkan khidmat menderaf dokumen dan juga penulisan undang-undang.
Bayaran perkhidmatan bergantung kepada perbincangan di antara pelanggan. Sebagai contoh, salah satu peluang pekerjaan menderaf perjanjian sewaan menawarkan bayaran USD100 (kira-kira RM400).

45. Jual Barang Secara Langsung di Facebook Live
Konsepnya tetap sama seperti berniaga di pasar, cuma prospek pembeli anda terdiri daripada pengguna Facebook. Anda boleh ‘meniaga’ dari rumah ataupun kedai.
Data daripada Statcounter menunjukkan lebih 80 peratus pengguna media sosial di Malaysia menggunakan Facebook.
Ramai penjual mengambil kesempatan untuk menjual di Facebook Live kerana tidak melibatkan kos pengiklanan. Ahmad Syahir Zamri, berkongsi di FMT bagaimana beliau menjual barangan berjumlah lebih RM1,000 setelah bersiaran hampir 3 jam di Facebook Live.

Bacaan lanjut: Meskipun Facebook Live adalah platform media sosial, anda masih terikat dengan peraturan Polisi Facebook Live dan juga peraturan semasa. Selain itu, berhati-hati ketika menggunakan muzik sebagai latar belakang. Elakkan melanggar peraturan hak cipta intelek di Facebook Live. Anda boleh merujuk Restream untuk maklumat penggunaan muzik di Facebook Live.
46. Jual Kraftangan
Apa jua hobi anda, kami ada cara untuk jana wang dengannya.

Untuk pasaran tempatan, platform yang boleh dicuba adalah Paslo. Terdapat juga inisiatif digital daripada Craftla yang menyediakan kelas kraftangan secara online.
Antara platform global online yang popular dengan barang-barang buatan tangan adalah Etsy, Artfire, Folksy atau pun di media sosial anda seperti Tik Tok, Instagram dan Facebook.
Jangan risau tentang proses penghantaran walaupun pelanggan anda bukan dari Malaysia. Sistem penghantaran yang ada di Malaysia memang ada menawarkan servis penghantaran produk ke seluruh pelusuk dunia dengan selamat dan efektif.
Bacaan lanjut: Tahukah anda, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia memaklumkan kerajaan Malaysia ada memberikan pengiktirafan dan penghormatan adiguru kepada tokoh yang memenuhi kriteria penyumbang terhadap seni kraftangan negara seperti Adiguru Kraf Wau Samat Bin Man. Jangan sesekali rasa bidang kraftangan disisihkan!
47. Tulis & Jual E-Majalah Psikologi
Menulis itu memang suatu kemahiran yang memerlukan pengalaman. Tetapi subjek penulisan itu sendiri memerlukan nuansa yang dibina melalui minat dan latar belakang berkaitan. Jika anda ada pengalaman dalam bidang psikologi, apa pengkhususan sekali pun, anda boleh pindahkan ilmu dan minat anda ke dalam bentuk e-majalah.

Bersesuaian dengan keperluan semasa, e-majalah psikologi bukan sahaja suatu keperluan untuk survival, tetapi dapat membantu untuk set semula daya tahan mental kita untuk menghadapi hari esok.
Ia bukan sesuatu yang baru, tetapi akses terhadap e-majalah sebegini amat kurang di Malaysia. Di sinilah ruang yang anda perlu isikan.
Antara contoh e-majalah psikologi yang anda boleh jadikan rujukan untuk projek anda ialah Edisi Mental terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia, Blooming Minds dari Australia, Happiful dan Blueprint Magazine dari UK.
Bacaan lanjut: Penerbitan bahan digital seperti e-majalah ini perlu mendaftar untuk e-ISBN melalui Perpustakaan Negara. Blogger Dhia ada berikan sedikit panduan di sini.
48. Jadi Copywriter Kandungan Bertaja LinkedIn
Kami sudah berikan anda artikel mengenai perkhidmatan copywriting, kini mari terjun ke bidang copywriting dengan lebih spesifik iaitu jadi copywriter untuk kandungan bertaja di platform LinkedIn.

LinkedIn sama seperti media sosial yang lain tetapi ia dibina khas untuk golongan profesional. Anda akan jumpa pelbagai lagi peluang yang seumpama dengan ini di platform kerja freelance yang lain terutamanya di Fiverr dan Freelancer.
LinkedIn menggunakan format sama yang telah digunapakai kebanyakkan copywriter untuk mencapai jumlah pembaca yang maximum yang bersesuaian dengan algorithm LinkedIn. Anda perlu tahu betapa luasnya peluang marketing pengiklanan di LinkedIn.
Bacaan lanjut: Anda boleh belajar untuk menyediakan kandungan marketing yang pelbagai di LinkedIn seperti yang tersenarai di sini.
49. Crowdfund Projek Anda!
Dalam bahasa Malaysia, terma Crowdfunding boleh juga diterjemahkan sebagai Biayaan Khalayak. Ini bermaksud, dengan Internet—dan pengaruh yang anda telah bina di setiap platform media sosial—anda boleh meneruskan kerjaya dan minat anda dalam menghasilkan sesuatu projek dengan biayaan orang ramai.

- Patreon — Untuk projek kreatif;
- GoFundMe — Untuk projek persendirian;
- MightyCause — Untuk projek yang bukan berasaskan keuntungan (non-profit);
- SeedInvest Technology — Untuk projek pembangunan syarikat baru; dan
- Indiegogo — Untuk projek-projek yang luas dari hasil idea-idea menarik sesiapa sahaja.
Jika anda ada idea-idea yang hebat yang mampu mengubah lanskap sekeliling anda, Pastikan orang ramai tahu, faham dan percayakan idea itu untuk crowdfund projek tersebut. Seperti Steve Jobs suatu ketika dahulu dengan Apple.
Bacaan lanjut: Mark Kearl menulis deskripsi menarik mengenai kelebihan dan kekurangan platform crowfunding di atas. Baca di sini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
50. Khidmat Slaid PowerPoint
Ada dua acara berkenaan khidmat slaid PowerPoint ini. Yang pertama, anda mereka slaid Power Point dan menjualnya di platform online. TemplateMonster dan Knowmoreplatform adalah contoh platform untuk menjual slaid PowerPoint secara online.
Cara yang kedua adalah anda tawarkan khidmat untuk menyiapkan slaid dan kandungan untuk pembentangannya. Sebagai contoh, iklan perkhidmatan di Shopee ini mengenakan caj antara RM100-280 untuk satu pembentangan.

Semakin banyak portfolio yang anda miliki, semakin mudah anda meyakinkan pelanggan. Anda boleh melihat artikel Loveumarketing tentang cara memasarkan kemahiran PowerPoint untuk menjana pendapatan.
Selain perisian PowerPoint, anda juga boleh tawarkan perkhidmatan yang sama menggunakan aplikasi Pretzi. Anda boleh rujuk artikel lengkap mengenai Pretzi oleh Visme ini.
Bacaan lanjut: Gambar merupakan elemen penting dalam sesebuah pembentangan slaid PowerPoint. Sentiasa peka dengan undang-undang hak cipta di MYIPO ataupun imej berbayar. Anda boleh merujuk artikel Copyrightlaw.com sebagai panduan menggunakan imej di slaid PowerPoint.
51. Pereka Laman Web Secara Freelance
Mereka laman web kini boleh dilakukan tanpa perlu memahami coding. Kewujudan sistem seperti Wordpress untuk CMS (Sistem Pengurusan Kandungan) dan Woocommerce untuk e-commerce, membolehkan laman web direka dengan lebih mudah dan pantas.
Semakin banyak entiti perkhidmatan atau perniagaan memerlukan laman web; sama ada untuk tujuan perniagaan, penyampaian maklumat atau pun mengekalkan kesedaran jenama kepada umum. Rebut peluang ini segera.
Pelanggan anda tidak semestinya hanya terhad tempatan sahaja. Sani Ahmad telah mereka laman web kepada pelanggan dari Malaysia dan Singapura.
Bayaran perkhidmatan boleh dirunding bersesuaian dengan pengalaman dan kehendak pelanggan. Sebagai contoh, seorang pereka freelance, Firdaus Ikhwan mengenakan bayaran di antara RM4,000 sehingga RM10,000 bergantung kepada projek.

Usah risau untuk projek-projek kecil, platform tempatan seperti Favser dan Grabjobs memang sentiasa menawarkan peluang kerja sebegitu.
Bacaan lanjut: Skop rekaan laman web tidak terhad kepada mereka laman web kepada pelanggan. Anda boleh membuat kelas belajar secara online di Teachable dan Skillshare. Selain itu, anda boleh menjual rekaan anda di ThemeForest.
52. Bina WordPres Plugin
- Menjual WordPress plug secara komersial;
- Khidmat menambah baik atau ciri-ciri baru pada plug in;
- Bina plug in mengikut kehendak pelanggan; dan
- Mengajar cara membina plugin secara online.
Kesemua cara mempunyai satu persamaan, ia boleh dilakukan secara online dan memerlukan pengalaman sebelum menghasilkan plugin yang boleh dipasarkan. Artikel di Tutplus boleh membantu anda untuk membina WordPress dari peringkat permulaan.
Untuk memasarkan dan menjual plugin anda, antara platform sedia ada adalah CodeCanyon, seperti gambar di bawah ini:

53. Jual Produk Anda Melalui YouTube
YouTube tidak hanya digunakan untuk video muzik, masakan atau komedi. Kebanyakkan influencer menggunakan saluran ini sebagai sebahagian cara untuk mengoptimumkan penjualan produk-produk mereka.

- Bina struktur dalam memperkenalkan produk anda;
- Kenalpasti produk setelah ada struktur idea yang lebih jelas;
- Kenalpasti golongan sasaran yang akan berminat dengan produk anda;
- Hasilkan video yang menarik dan unik. Video anda perlu ada ciri-ciri tersendiri;
- Guna bahasa mudah yang jelas dan mudah. Video anda tidak perlu memeningkan sesiapa;
- Selitkan kekuatan naratif dengan cerita dan emosi yang ingin disampaikan. Penonton suka sesuatu yang boleh dihubungkait;
- Terbit video dengan konsisten untuk membina komuniti jangka panjang yang berminat dengan produk yang anda ada;
- Beri kandungan yang jujur. Jangan tokok tambah fakta mengenai produk anda. Ia berbahaya; dan
- Guna teknik Cross reference jika ada akaun affiliate selain YouTube untuk produk sama bagi mengoptimumkan pengiklanan di Internet.
Bacaan lanjut: Fiverr ada menulis panduan mengenai penggunaan saluran YouTube anda untuk navigasi digital marketing yang dapat membantu anda memahami lebih lanjut selok belok menjual produk dengan YouTube.
54. Jana Duit Di Space Twitter
Twitter kini baru sahaja melancarkan program Space. Ia membenarkan anda menjadi host kepada sesi perbualan/perbincangan audio secara live sama seperti Clubhouse.

Menariknya, mereka kini juga sudah mulakan sesi Ticketed Space iaitu penjualan tiket untuk sesi live istimewa di ruangan Space Twitter.
Walaupun masih baru dan belum dibuka untuk rangkaian Asia, anda dicadangkan untuk mengumpul segala maklumat mengenainya sekarang kerana apabila ia sudah tiba untuk rangkaian di Asia, anda perlu menjadi peneraju.
Rebut segala info yang anda boleh dapat kini. Twitter sendiri ada mengeluarkan butiran yang panjang tentang Space dan Ticketed Space untuk anda fahami dengan lebih lanjut.
Pastikan anda membina jumlah follower sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk sesi perbualan pertama anda nanti.
Bacaan lanjut: Baca lebih lanjut mengenai polisi yang telah ditetapkan untuk menjadi host Ticketed Space. Bila tiba masanya nanti, anda berpeluang tiket bermula dari USD1 hingga USD999.
55. Jawab Online Survey (Berbayar)
Kedengaran agak janggal, tapi peluang buat duit sebegini memang ada – jika dilakukan pada platform yang sah – secara online.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan peluang menjawab soalan berbayar secara online. Setiap survey yang dijawab dengan lengkap akan diberikan mata. Anda boleh menebus mata terkumpul dan kredit ke akaun yang didaftarkan (selalunya PayPal).
Terdapat juga website yang tidak menawarkan mata, tetapi perlu memiliki jumlah wang terkumpul sebelum dikeluarkan.

Bacaan lanjut: Sentiasa peka dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk survey komersial tempatan. Selain itu, berhati-hati dengan penipuan melibatkan online survey, anda boleh merujuk artikel Shamsuryadi ini tentang skim penipuan online survey.
56. Jual Produk Digital di Gumroad
Gumroad ialah suatu platform online untuk creator, kreatif dan seangkatan dengannya membina dan menjual produk-produk digital.

Beberapa kelebihan menggunakan Gumroad untuk memastikan jualan anda lari adalah seperti:
- Ia mempunyai jumlah pelawat yang tinggi setiap bulan;
- Bayaran penyertaan amat rendah;
- Mudah untuk daftar dan bina profil anda;
- Bayaran mingguan untuk hasil jualan anda;
- Tidak perlu bantuan atau campur tangan website pihak ke-3;
- Data analitik yang mudah difahami untuk analisis anda;
- Didatangi dengan emel marketing; dan
- Ruangan jualan yang boleh diubah suai.
Rebut peluang ini. Kenalpasti target produk anda kerana dengan pasaran online, semuanya tidak mustahil.
Bacaan lanjut: Nate McCalister ada menuliskan tip-tip penting dalam menggunakan Gumroad secara optimum yang ada boleh ikuti. Baca di sini untuk lariskan jualan anda!
57. Jual Kandungan Berstruktur di SkillShare
Jika anda berminat untuk mencuba pengajaran dan pembelajaran secara online dengan lebih menarik lagi, apa kata anda jadi pendidik di Skillshare. Anda boleh sediakan kandungan yang pendidikan yang spesifik dengan struktur jelas untuk 20-60 minit.
Keunikan platform pendidikan ini berbanding Udemy ataupun Domestika ialah ia membuat bayaran kepada pendidik setiap bulan berdasarkan royalti dan referal.

Bacaan lanjut: Secara purata, pendidik di Skillshare akan menerima bayaran sekitar USD200 sebulan. Ketahui lebih lanjut mengenai tiga tip penting untuk menjana wang di Skillshare di sini.
58. Tulis Cerita Pendek/Puisi Dan Dibayar!
Kami ada bercerita tentang terbit dan jual e-book. Lupakan pasal penerbitan, kali ini kita fokus pada kesasteraan dan kandungan penulisan.
Sekiranya anda berbakat dalam penulisan, ada pihak yang sanggup membeli karya anda. Boulevard membayar sehingga USD300 bagi cerita pendek dan Puisi USD250. Apex Magazine pula sesuai untuk penulis cerpen genre sains fiksyen dan fantasi.

Platform cerpen/puisi tersebut hanya menerima naskah berbahasa Inggeris. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris yang baik selain daripada Bahasa Melayu.membayar sehingga USD300 bagi
Bacaan Lanjut: Sebuah syarikat penerbitan buku tempatan yang produktif, Fixie ada menganjurkan pencarian bakat baru penulis Bahasa Melayu pada waktu-waktu tertentu. Mereka akan menerbitkan buku penulis (dengan bayaran royalti pendahuluan) yang dipilih melalui pertandingan menulis anjuran mereka.
59. Jadi Guru Produktiviti
Produktiviti berkait rapat dengan kepantasan di zaman moden yang memerlukan suatu sistem kehidupan yang tersusun untuk mencapai objektif-objektif persendirian yang ditetapkan setiap individu. Jadi tak terkejut guru-guru produktiviti di Internet kini menjadi influencer yang amat popular.

- Ali Abdaal: Doktor muda dari UK ini berkongsi tip-tip produktiviti beliau di YouTube. Kini dengan lebih 2 juta pelanggan di YouTube, pelbagai program-program lain telah dikembangkan dengan tema produktiviti harian.
- Chris Bailey: Di laman web A Life of Productivity beliau berkongsi pendekatan guru produktiviti ini melalui posting dan podcast untuk mengoptimumkan produktiviti seseorang.
- Ruby Granger: Seorang pelajar kesusasteraan Inggeris di University of Exeter ini banyak berkongsi tentang produktiviti untuk seorang pelajar sarjana muda di YouTube. Ruby sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap isi-isi video beliau.
- Zahid Azmi Ibrahim: YouTuber dari Indonesia ini aktif berkongsi tentang tip-tip pendidikan dan perkembangan diri yang efektif.
- Fayefilms: YouTuber Malaysia ini juga amat aktif menerbitkan vlog tentang produktiviti. Saluran beliau sentiasa memberikan tip-tip efektif yang boleh memberikan impak positif kepada semua.
Bacaan lanjut: Gina Valerina ada berkongsikan 19 petua untuk menjadi lebih produktif.
60. Menulis di Wattpad
Masih lagi tentang menulis, cuma kali ini platform yang lebih spesifik – Wattpad. Platform ini telah banyak digunakan oleh penulis di seluruh dunia untuk menunjukkan bakat penulisan mereka.
Karya Claudia Tan--berasal dari Sarawak, Malaysia--telah dibaca sehingga 163 juta kali di Wattpad dan kini dalam proses adaptasi ke layar Hollywood.

Karya penulisan dalam Bahasa Melayu juga boleh didapati di Wattpad.
Bacaan lanjut: Peluang untuk mendapat kontrak penulisan oleh pihak penerbit mungkin mengambil masa. Anda boleh membaca artikel oleh Nandi Taylor ini tentang bagaimana dia berjaya mendapat tawaran kontrak setelah mula menulis di Wattpad.
61. Jual Kata-Kata Hikmah di Shopee
Ramai tak percaya tetapi inilah dunia digital. Apa usaha anda sekalipun, pasti ada jalan untuk janakan duit. Begitu juga dengan menjual kata-kata hikmah di Shopee. Imej di bawah ialah buktinya!

Apa yang diperlukan adalah bakat penulisan, keikhlasan dan dedikasi masa setelah anda membuka akaun penjual di Shopee.
Cari kreativiti dengan praktiskan penulisan anda melalui ransangan pembacaan buku-buku motivasi.
Anda juga perlu tahu keadaan dunia semasa dan apa yang popular ketika itu untuk menyampaikan kata-kata hikmah dengan nuansa yang boleh dirasai pembaca hingga ke hati. Pasang niat untuk membantu sambil dibayar!
Bacaan lanjut: Jika masih belum tahu bagaimana untuk mendaftar sebagai penjual di Shopee, sila ikut tip-tip yang dikongsi oleh Nadz.My.
62. Jadi BookTuber
Anda minat membaca? Anda boleh menjana duit dengan berbual dan berkongsi review anda tentang buku yang dibaca di YouTube. Komuniti ini dipanggil BookTuber.

Anda boleh jana duit dengan review anda selain bekerjasama dengan penulis dan penerbit dalam dan luar negara.
Jika platform anda sudah mempunyai jumlah pengikut yang meningkat, anda boleh merancakkan lagi kandungan video anda dengan pelbagai aktiviti selain mengulas kandungan buku yang dibaca.
Husna Reads, Aman Wan, Weh Nak Baca Apa Ni, Jen Campbell dan TheBookchemist adalah beberapa BookTuber dalam dan luar negara yang mempunyai pendekatan kandungan mengenai buku berbeza-beza yang boleh dijadikan inspirasi.
Bacaan lanjut: Netgalley ada berkongsi panduan untuk sesiapa yang ingin memulakan kerjaya sebagai BookTuber. Gunakan segala tip yang ditulis Kaley Galucci ini dan buka saluran YouTube untuk kongsikan cinta anda terhadap dunia buku!
63. Khidmat Nasihat/Rundingan Secara Online
Sekiranya anda mempunyai kepakaran khusus mengenai sesuatu bidang, anda boleh mendaftar di laman web untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan bidang anda.
Justanswer menawarkan peluang sebagai penasihat online. Menurut laman web mereka, penasihat online boleh mendapat pendapatan secara purata USD2,000 dengan mendaftar sebagai pakar dalam pelbagai topik seperti kereta, bot dan juga penjagaan haiwan.

Bacaan Lanjut: Jika anda meminati topik keusahawanan, artikel oleh Mohd Sobhi Abdul ini menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan business coaching dan cara menjalankannya secara online.
64. Sewakan Kereta Anda
Jika anda jarang menggunakan kereta anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sewakannya. Daripada tidak bergerak di rumah, lebih baik sewakan untuk jana pendapatan sampingan sambil memanaskan enjin!
Kwikcar adalah platform perkongsian kereta di Malaysia. Antara syarat sewaan utama adalah kereta anda sekurang-kurangnya dikeluarkan pada tahun 2010.
Apa yang lebih menarik, laman web mereka mempunyai kalkulator untuk mengira anggaran pendapatan mengikut jenis kereta dan tempoh masa sewaan.

Tempahan untuk kedua-dua platform ini hanya boleh dibuat melalui online. Sebagai host, anda perlu sediakan dokumen-dokumen kereta seperti cukai jalan, insurans dan pastikan kereta anda bebas dari sebarang kerosakan sebelum disewakan.
Bacaan lanjut: Sekiranya anda memilih untuk menyewakan kereta tanpa melibatkan platform pihak ketiga, sila semak peruntukan undang-undang di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda boleh membaca artikel The Malaysian Reserve ini tentang masalah penguatkuasaan undang-undang untuk kereta sewa di Malaysia.
65. Bina Laman Web e-Dagang
Bagaimana reaksi anda, jika kami katakan walaupun Covid-19 memberi kesan buruk kepada global dan banyak industri di Malaysia tersentak dengan penutupan dan sekatan pergerakan oleh Kerajaan Malaysia, industri e-Dagang tumbuh segar dalam tempoh tersebut?
Lihat carta diperolehi oleh Global Data dibawah ini untuk menyokong pernyataan itu:

Z.com adalah perkhidmatan web hosting yang memudahkan anda membina website dengan WordPress dan dilengkapi dengan WooCommerce plugin. Anda boleh mengawal kandungan laman web anda sendiri dengan ruang penyimpanan (storage space) yang lebih besar.
Bacaan lanjut: Tugas membina sebuah laman web e-Dagang tidak semudah disangka kerana melibatkan elemen teknikal dan pemasaran yang menyeluruh. Anda boleh lihat nasihat dan panduan untuk membina laman web e-Dagang dengan efektif melalui artikel Layfe Maketing di sini.
66. Jadi Dietitian Secara Online
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dan kelayakan, anda boleh boleh kembangkan kerjaya anda sebagai dietitian secara online untuk jana duit tambahan.
Anda perlu tahu kerjaya ini bukan seperti mereka yang memberi saranan diet dan vitamin di Instagram tanpa asas sains dan kelayakan. Kerjaya dietitian ini kerjaya penting dan golongan profesional ini kini boleh jana duit tambahan dengan memberikan servis dietitian secara online.
Artikel #13 kami mengenai Khidmat Jurulatih Kecergasan Online berkait rapat dengan bagaimana dietitian boleh bekerjasama dengan jurulatih kecergasan online untuk memberikan servis kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh.
Populariti hidup sihat semakin meningkat dan ramai sudah anggap ia sebagai keperluan bukan ikutan semasa semata-mata.

Bacaan lanjut: Farahanani Amhazali ada mengulas lanjut mengenai kerjaya dietitian di Malaysia secara tradisional bagi mereka yang tahu lebih mendalam mengenai kerja dietitian. Rebut peluang ini dan bina komuniti sihat anda sendiri.
67. Beli/Bina dan Jual Laman Web (Website Flipping)
Ya. Anda tidak tersalah tajuk. Laman web juga boleh dijual beli, dan ada juga broker dalam penjualan laman web selain mencari prospek pembeli sendiri. Antara alasan anda ingin menjual laman web adalah:
- Perniagaan mengalami kejatuhan;
- Beralih kepada perniagaan baru; dan
- Beli/bina dan jual untuk keuntungan.
Broker laman web, seperti Filppa, PE International dan Empire Flippers pula berperanan sebagai platform untuk anda menjual laman web.
Tiada sifir tetap untuk mengira harga laman web anda, tetapi menurut Forbes, secara amnya harga yang dicadangkan adalah 24 hingga 36x pendapatan bulanan laman web anda.

Jika anda ingin membina sesebuah laman web sendiri dari mula, z.com boleh membantu anda dengan web hosting berkualiti serendah RM6.00 dengan tawaran menarik seperti storan SSD bersaiz besar dan bandwith yang tidak terhad.
Bacaan lanjut: Jual beli laman web masih mempunyai risiko kerugian sekiranya anda membeli domain yang tidak aktif dan tidak mempunyai nilai apabila cuba menjualnya kembali. Dapatkan panduan atau pandangan dari mereka yang lebih arif seperti artikel oleh Out and Beyond ini.
68. Jual Beli Domain
Dua selebriti terkemuka dunia, Kylie Jenner dan Kylie Minogue, pernah bertelagah isu siapa yang berhak menggunakan domain ‘www.kylie.com’. Tahukah anda nama domain begitu penting dan bernilai untuk sesetengah pihak?
Anda boleh membeli domain dan menjualnya kembali kepada pihak lain dengan harga yang lebih tinggi.
Antara ciri-ciri domain yang bernilai adalah:
- Mempunyai nilai komersil;
- Pendek: satu atau dua perkataan
- Sesuai untuk jenama atau pemasaran; dan
- Mempunyai backlink yang banyak dan kata kunci (keyword) yang baik.
Sekiranya anda memerlukan inspirasi, anda boleh membaca kisah Kevin Ham, seorang ‘Domainer’ yang berjaya melalui artikel oleh ebizfacts ini.

69. Tukar Sampah Jadi Duit
Sekali lagi kami ingin ingatkan, anda boleh buat duit dengan pelbagai cara asal ada usaha walaupun dengan mengutip segala sampah sarap anda.
Ada nilai terhadap sampah-sampah yang kita buat sendiri atau dijumpai di kawasan sekeliling. Jika dahulu, mungkin hanya surat khabar dan besi buruk boleh ditukar menjadi wang.
Tetapi kini, anda boleh jual 16 barang-barang di dalam senarai di bawah kepada Alam Flora berdekatan anda:

Jadi apa tunggu lagi, kemas rumah anda dan cari peluang untuk selamatkan alam sekitar dan buat duit dalam masa yang sama.
Bacaan lanjut: Says ada menyenaraikan lokasi-lokasi beberapa pusat pembelian barangan kitar semula Alam Flora terletak di Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur.
70. Mulakan Syarikat Perisian Sebagai Perkhidmatan (SaaS)
Jika anda mempunyai idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah, tukarkan idea anda kepada satu binaan perisian sebagai perkhidmatan (Saas)
Namun, seperti dinyatakan oleh Forbes kos keseluruhan untuk menyiapkan Saas memakan ratusan ribu Dollar dan sekurang-kurangnya USD6,000 sebagai kos permulaan.

Contoh lain pula, Piktochart, syarikat yang berasal dari Pulau Pinang ini menyelesaikan masalah membuat carta dan infografik untuk pengguna mereka.
Memandangkan syarikat Saas memerlukan modal yang agak besar untuk membangunkan perisian, kemungkinan besar anda memerlukan pelabur dan gabungan tenaga pakar dalam projek anda.
Bacaan lanjut: Cradle Fund adalah agensi kerajaan yang menawarkan bantuan tunjuk ajar dan geran kepada syarikat teknologi (startup) yang berdaftar di Malaysia.
Selain itu, bagi mereka yang berminat tentang Saas tetapi tidak memahami programming, anda boleh membaca artikel ringkas oleh Bplans ini.
71. Jadi Perunding Sumber Manusia Secara Online
Kerjaya sebagai perunding sumber manusia boleh dilakukan secara online, lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik dan pergerakan terbatas ketika ini.
Contoh peluang sebegini di online adalah:

Ada pelbagai laman freelance tempatan seperti Cari Kerja Malaysia, Troopers dan Mau Kerja yang menawarkan peluang berkaitan sumber manusia sama ada jarak jauh, separuh atau sepenuh masa.
Anda mempunyai kelebihan jika ada pengalaman bekerja sebagai eksekutif sumber manusia dan mempunyai sijil profesional yang berkaitan.
Bacaan lanjut: Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) adalah pusat latihan khusus untuk pengurusan sumber manusia. Mereka menawarkan sijil professional kepada mereka yang ingin mengembangkan kerjaya sebagai eksekutif atau perunding sumber manusia.
72. Jadi Perunding Pengemas Profesional
Jika mengemas dan merapikan rumah boleh menerbitkan rasa gembira di hati anda, seperti frasa popular Marie Kondo ‘Spark Joy’, inilah kerjaya yang anda patut fokus untuk buat duit.

Bacaan lanjut: Anda boleh jadi perunding pengemas profesional KonMari dengan mengikut kursus-kursus yang Marie Kondo bina sendiri di laman web beliau di sini.
73. Perkhidmatan Pengurus Pengiklanan
Anda kerap kali lihat iklan di Facebook bukan? Ada kebarangkalian iklan itu diuruskan oleh pihak luar atau bukan pekerja pemilik atau syarikat itu.
Dari segi bayaran, data daripada Economic Research Institute menunjukkan purata gaji seorang pengurus pengiklanan adalah seperti di bawah ini:

Peluang perkhidmatan pmengurus iklan ini sentiasa mendapat perhatian kerana banyak syarikat atau pemilik produk mengiklankan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Bacaan lanjut: Facebook Ads merupakan antara medium pengiklanan yang popular. Anda boleh memahami cara menjadi pengurus Facebook Ads dari rumah melalui artikel oleh Olivia Miller ini.
74. Khidmat Sokongan Teknikal
Khidmat Sokongan teknikal boleh dilakukan secara jarak jauh (remote). Tugas anda adalah menyelesaikan aduan teknikal pelanggan.
Ini boleh dilakukan melalui perbualan telefon, sesi chat langsung atau pun menggunakan aplikasi khas.
Kemahiran teknikal bersifat universal, ini bermaksud anda boleh bekerja dengan sesiapa dan di mana sahaja. Carian di Glassdoor di bawah ini menunjukkan peluang pekerjaan sebagai sokongan teknikal yang banyak pada ketika ini:

Bacaan lanjut: Dengan kemahiran teknikal tinggi dan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, anda boleh mempertimbangkan untuk bekerja secara online dengan syarikat luar negara. 7N banyak menawarkan peluang bekerja dengan agensi luar negara. Selain itu, artikel oleh Indeed Malaysia menerangkan soalan-soalan yang biasanya ditanya ketika temuduga sebagai sokongan teknikal.
75. Jadi Penguji Game (Tester)
Penguji perisian nampak seperti terlalu teknikal. Penguji laman web pula memerlukan kemahiran yang meluas. Bagaimana pula jika anda dibayar untuk menguji (dibaca bermain) game?
Sebagai seorang game tester, anda adalah sebahagian daripada pasukan Quality Assurance. Platform yang diuji mungkin terdiri daripada Android, iOS, Desktop atau Konsol.
Contoh peluang sebegini adalah seperti di bawah:

- Uji dalam platform yang berbeza;
- Kesan bug atau pun apa-apa yang tidak kena pada visual dan fungsi game; dan
- Laporkan sekiranya ada sebarang kesalahan kod (code error) pada game.
Bacaan lanjut: Anda boleh mempelajari teknik-teknik untuk melakukan game testing dengan membaca artikel oleh Dzone ini. Menurut Softwaretestinghelp, pekerjaan sebagai game tester ini penting untuk pembangunan sesebuah game (sama ada video, mudah alih, komputer atau konsol). Selagi ada game baru di pasaran atau dimainkan oleh pemain game di dunia ini, selagi itu permintaan sebagai game tester diperlukan
76. Perkhidmatan Sewa Laptop/Komputer
Pada waktu perintah sekatan pergerakan, kerajaan mengarahkan sekolah ditutup sepenuhnya dan pembelajaran dilakukan secara online dari di rumah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR). Masalah lain pula timbul. Portal berita melaporkan ibu-bapa mengalami masalah kekurangan laptop!. Sekiranya anda mempunyai laptop, komputer atau tablet, anda boleh sewakan untuk jana pendapatan sampingan. Maztech Resources menawarkan pakej sewaan laptop serendah RM4 sehari kepada pelajar.

- Ibu bapa yang memerlukan laptop tambahan untuk PDPR;
- Pekerja eksekutif atau pelajar universiti;
- Penganjur sesuatu acara; dan
- Mereka yang memerlukan laptop untuk tempoh masa singkat.
Anda juga sewakan gadget. Jangan tidak percaya ada pihak yang menawarkan ipad untuk disewa seperti z-gtech ini. Bacaan lanjut: The Edge Markets menulis satu artikel tentang perniagaan sewa komputer/laptop oleh Smart Rental. Artikel tersebut membincangkan tentang cabaran dan risiko yang perlu diambil oleh mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan sebegini.
77. Bina Game Sendiri dan Jual di App Store/Google Play
Jika anda mempunyai minat dan masa, anda boleh cuba ini. Mana tahu, daripada suka-suka boleh jadi satu pendapatan utama.
Di Malaysia, tidak ramai yang membina game sendiri, mereka lebih gemar membina aplikasi berinformasi. Pilih niche dan lakukan kajian untuk memastikan idea anda mempunyai nilai komersial. Artikel Lvivity ini membincangkan bagaimana memilih niche game yang boleh memberi keuntungan.
Anda boleh menjana duit dengan game binaan anda sendiri melalui pelbagai cara, antaranya pembelian dalam aplikasi (in apps purchase), bayaran muat turun atau pun iklan di dalam game anda.
Yuzairi Isham, seorang pembina game dan aplikasi mobil dikatakan memperolehi pendapatan lima angka sebulan hanya daripada game dan aplikasi binaannya.

Bacaan lanjut: Sekiranya anda berminat untuk membina game sendiri, anda boleh membaca artikel oleh Pluralsight tentang cara-cara membina game sendiri tanpa sebarang pengalaman teknikal.
78. Cuba Jadi Game Streamer (atau Hobi Lain) di Twitch
Game streaming bermaksud sesi bermain game dilakukan secara langsung sambil berinteraksi dengan penonton. Terpulang kepada kreativiti anda untuk menarik minat penonton dan menjadikan sesi itu tidak membosankan.
Data daripada Newzoo menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar bermain game di telefon berbanding platform yang lain.

Jika penguasaan Bahasa Inggeris anda bagus, anda boleh menarik penonton dari pelbagai negara.
Anda boleh mula menjana pendapatan dengan menyertai program Twitch Affiliate dan juga Twitch Partner. Selain daripada penstriman, anda boleh menjual cenderahati dan juga iklan (perlu memenuhi syarat-syarat tertentu).
Artikel oleh Tomsguide ini menerangkan cara penstriman dan kelengkapan diperlukan untuk penstriman dengan lengkap.
Bacaan lanjut: Elakkan kontroversi untuk menarik penonton. Hati-hati dengan setiap kandungan penstriman anda. Anda boleh membaca artikel oleh Wired untuk contoh streamer yang bertindak di luar batasan ketika bersiaran langsung.
79. Tugasan di GoGet
Seperti namanya, GoGet adalah platform pekerjaan mengikut permintaan (on demand). Pelanggan (biasanya syarikat) akan menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan kepada penghantar/penyedia (dipanggil GoGetter).
Platform ini mendapat perhatian daripada pihak CNBC tentang bagaimana mereka menawarkan peluang pekerjaan pada waktu sukar penularan wabak Covid-19 di Malaysia

Lebih menarik lagi, sebelum anda diterima sebagai GoGetter, anda perlu menjalani latihan yang telah diatur. Dengan cara ini pihak GoGet dapat memastikan GoGetter adalah seorang yang terlatih, dipercayai dan mampu menyelesaikan tugasan.
GoGet tidak hanya menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sahaja, bukan warganegara juga boleh menyertai mereka asalkan mempunyai dokumen yang lengkap mengikut kesesuaian tugasan.
Bacaan lanjut: Kerajaan Malaysia menawarkan bantuan Penjanagig melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk melindungi pekerja gig ekonomi sekiranya mendapat kemalangan ketika bekerja.
80. Peneman Pelancong di Kawasan Setempat
Kami tidak menggunakan terma “pemandu pelancong” kerana peranan itu memerlukan lesen dan berdaftar.
Jika anda mempunyai sikap positif, ceria dan berpengetahuan luas pada kawasan setempat anda, peluang ini sangat sesuai untuk anda gunakan.
Jangan risau, pelancong yang ingin gunakan khidmat anda terdiri daripada kumpulan kecil, bukan seperti pemandu pelancong yang perlu bercakap menggunakan pembesar suara di atas bas dua tingkat yang anda selalu nampak.
Anda boleh iklankan perkhidmatan di Withlocals. Konsep pelancongan yang ditawarkan adalah ‘personalised travelling’; anda membantu/menemani mereka terokai kawasan setempat seolah-olah penduduk tetap di situ, sesuatu yang tidak dilakukan oleh syarikat pelancongan.

Bacaan lanjut: Sekiranya anda berminat menjadi pemandu pelancong, anda perlu berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Perlesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong). Artikel daripada Libur ini boleh membantu anda lebih mendalam.
81. Pereka UX/UI
Kadangkala, niat anda untuk membeli terbantut apabila sesebuah laman web itu seperti tidak tersusun atau cara pembelian melecehkan? Itu semua melibatkan rekaan UI/UX.
Pereka UX/UI boleh bergerak secara freelance Peluang pekerjaan sebagai pereka memang banyak di online.
Carian kami di platform Upwork menunjukkan senarai pelanggan yang mencari Pereka UI/UX:

Pereka UI/UX memerlukan pengalaman untuk membina portfolio. Dribble dan Rtist adalah laman web komuniti untuk pereka digital di Malaysia. Anda boleh berkongsi pendapat dan bertanya soalan dari mereka yang lebih berpengalaman.
Selain itu, anda perlu menguasai tools untuk menghasilkan rekaan lebih baik. Artikel Webflow ini menyenaraikan tools yang boleh digunakan oleh pereka UI/UX untuk rekaan mereka.
Bacaan lanjut: Pembangunan UI/UX sangat penting dalam rekaan digital. Anda boleh membaca kepentingan UI/UX melalui artikel The Edge Markets. Artikel tersebut, antara lain membincangkan bagaimana sebuah bank berdepan dengan tuntutan saman kerana rekaan UI/UX yang menimbulkan kekeliruan.
82. Dropshipping
Maafkan kami kerana lambat senaraikan cara popular ini untuk anda.
Maksud dropshipping adalah anda menjual produk tanpa inventori dan logistik. Apabila pesanan pembelian dibuat, pembekal/pengilang akan terus menghantar barang kepada pembeli.
Di Malaysia, platform yang popular untuk menjual barangan dropship adalah di Shopee, Facebook atau blog. Ini turut dibantu dengan sikap rakyat yang Malaysia berbelanja besar secara e-dagang sebagaimana data daripada Box Me ini:

Untuk membantu anda lebih lanjut, kami ringkaskan kelebihan dan kekurangan model perniagaan dropshipping melalui jadual di bawah ini.
No. | Kelebihan | Kekurangan |
1. | Kos permulaan rendah | Margin keuntungan rendah |
2. | Tiada kos inventori | Masalah inventori apabila pembekal tidak mengemaskini inventori |
3. | Boleh menjalankan pelbagai produk pada waktu yang sama | Kesilapan pembekal boleh menjejaskan reputasi meskipun diluar kawalan anda |
[Jadual 3: Kelebihan & Kelebihan Dropshipping]
Bacaan lanjut: Selain daripada Harta Intelek dan Perlindungan Data Peribadi, mereka yang terlibat dalam dropshipping seharusnya peka dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (serta pindaannya) terutamanya Bahagian X tentang liabiti penjual.
83. Penulisan Perniagaan
Niche ini mungkin tidak banyak di Malaysia kerana realitinya kebanyakan syarikat perniagaan (besar atau kecil) menganggap seorang penulis mampu menulis semua jenis kandungan,
Seorang penulis perniagaan/korporat menulis cadangan perniagaan (business proposal), perhubungan awam atau penulisan berkaitan B2B (business to business).
Sekiranya anda mempunyai kebolehan sebagai penulis korporat, anda boleh menawarkan khidmat secara freelance. Sebagai contoh, ramai freelancer yang menawarkan perkhidmatan ini di Truelancer:

Bagi mereka yang masih baru dan ingin berinteraksi dengan komuniti penulis di Malaysia, anda boleh menyertai Malaysian Freelance Writers. Di sana anda boleh mendapatkan bimbingan, perbincangan akademik ataupun tawaran kerja berkaitan dengan penulisan.
Bacaan lanjut: Institut Pengurusan Malaysia (MIM) ada menawarkan kelas kemahiran penulisan perniagaan kepada mereka yang berminat menambahkan pengetahuan. Selain itu, British Council Malaysia juga kerap kali menganjurkan bengkel penulisan perniagaan. Anda boleh menyemak laman web mereka untuk mendapatkan maklumat terkini.
84. Jadi Juruanimasi Freelance
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran dan bakat dalam animasi, survey dari Salary Expert menunjukkan seorang juruanimasi di Malaysia boleh mengaut hampir RM30 bagi setiap jam keringat yang diberikan untuk sesuatu projek.

Anda boleh buat duit dengan pelbagai peluang dari hampir semua platform kerja di online seperti yang disenaraikan oleh laman web Business of Animation. Jika anda selesa bekerja mengikut projek/freelance, platform seperti Rtist, Favser dan Crazy Ants adalah platform khusus pada seni kreatif digital.
Bacaan lanjut: Pastikan anda tahu selok belok dunia animasi negara. Penulis blog Remaja, Nor Aiman Norman ada membuat senarai 20 animasi tempatan yang anda perlu tahu. Cari inspirasi anda untuk mula bertapak dalam industri ini
85. Khidmat Pruf (Proofreading)
Perkhidmatan ini memerlukan kemahiran seperti penguasaan bahasa, tatabahasa, teknikal yang baik serta ketelitian tinggi.
Mereka yang berpengalaman luas dalam bahasa, kerja-kerja editorial boleh menawarkan perkhidmatan secara freelance atau pun menerima tugasan daripada syarikat/agensi proofreading seperti PM Proofreading Services.
Selain itu, golongan pelajar universiti dan mereka yang menyambung pengajian peringkat pasca ijazah juga memerlukan proofreader sebelum menghantar thesis atau kertas akademik mereka.
Anda boleh rujuk artikel di Linkedin ini untuk panduan menjadi proofreader.
Untuk platform pula, anda mempunyai banyak pilihan tempatan seperti Workana, Mau Kerja dan Guru.
Anda boleh menetapkan sendiri kadar bayaran perkhidmatan ini. Sebagai contoh Translife mengenakan bayaran RM6.50 bagi setiap helaian untuk khidmat pruf.

86. Tawar Servis Untuk Dunia Fesyen Dari Rumah
Bagi anda yang berminat dengan dunia fesyen tetapi tidak mahu tinggalkan rumah, jangan risau, kini anda boleh jadi seperti Sew Heidi.
Apa yang anda perlu tahu, dunia fesyen amat besar. Bagi yang berminat untuk mereka pakaian, mereka boleh teruskan fokus dengan kerja-kerja rekaan semata. Tetapi terdapat juga kerja-kerja lain dalam dunia fesyen.

- CAD Designer — Gemar membuat lakaran menggunakan perisian terkini;
- Technical Designer — Berkebolehan menjadi orang tengah antara Design dan Produksi;
- Product Developer — Menguruskan keseluruhan produksi projek fesyen;
- Merchandiser — Terlibat dalam pemasaran dan cenderamata;
- Stylist — Menjadi kurator visual bagi sesuatu rekaan; dan
- Sourcing Specialist — Menguruskan isu-isu harga dan sumber bagi pemasaran dan bahan-bahan.
Kerja-kerja sebegini memerlukan seseorang yang boleh mengurus dan mengkoordinasi sesuatu tugasan dengan cekap dan dunia moden kini dengan rangkaian Internet dan teknologi tinggi membenarkan ia dilakukan secara jarak jauh. Cita-cita anda tidak akan tersekat lagi.
Bacaan lanjut: Mohd Firdaus Jailan dari Tukang Fikir ada berkongsi pendapat tentang 10 cabaran dalam dunia perniagaan fesyen di Malaysia. Pastikan anda tahu selok-belok dunia fesyen tanah air untuk memulakan langkah permulaan anda!
87. Melombong Matawang Kripto
Banyak cara untuk menjana wang dengan matawang kripto. Jika anda memilikinya, anda boleh berjual beli. Jika tidak? Masih ada peluang untuk ‘melombong’ untuk mendapatkan ganjaran.
Maksud melombong di sini adalah menyelesaikan masalah matematik (fungsi) yang sangat kompleks untuk memproses transaksi kripto menggunakan komputer.
Namun ia tidak mudah seperti disangka. Market Watch melaporkan kos untuk melombong Bitcoin (sejenis mata wang kripto) adalah tiga kali ganda mahal daripada melombong emas!
Anda memerlukan komputer yang canggih, khusus untuk menyelesaikan algoritma rumit tersebut. Paling memeningkan, lebih banyak kuasa elektrik diperlukan untuk menyelesaikan algoritma tersebut.
Namun, ada pilihan alternatif untuk melombong menggunakan cloud mining seperti ScryptCube. Mungkin ini boleh jadi pendapatan pasif untuk anda, asalkan anda mempunyai komputer berspesifikasi tinggi.

88. Kaunseling Secara Online
Kebiasaannya, sesi kaunseling dijalankan secara bersemuka dengan pelanggan. Namun, PKP mengubah amalan streotaip ini. Rata-rata sesi kaunseling secara online berlangsung secara online.
Jika anda mempunyai kelayakan, lesen dan berdaftar anda boleh meneroka sesi kaunseling seperti yang dilakukan oleh Dr Safe Hands ini.

Bacaan lanjut: Pastikan anda mempunyai kelayakan dan berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia. Jika anda perlukan panduan untuk menjalankan kaunseling secara online, anda boleh baca artikel oleh Renee McDonald ini.
89. Jadi Penggodam Beretika
Mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang pengkomputeran dan pengaturcaraan boleh menjadi ‘White Hat Hacker’.
Maksud penggodaman di sini adalah melakukan penetration test untuk memperkuatkan sistem pengkomputeran. Dalam pada itu, etika membawa erti penggodaman dilakukan setelah mendapat izin daripada pemilik sistem.
Kerjaya sebagai Hacker dibayar dengan gaji yang agak tinggi di pasaran. Sebagai contoh, iklan di Jobstreet ini menunjukkan ada peluang pekerjaan menawarkan gaji permulaan sebanyak RM6,000.00.

Berita baik untuk mereka yang berminat, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ada menawarkan pembiayaan separa (mengikut syarat kelayakan) bagi mereka yang ingin mengambil kursus forensik penggodaman.
Bacaan lanjut: Jika anda mencari program penggodaman beretika secara online, anda boleh menyemak senarai di OMNI Academy di sini. Selain itu, ada juga artikel yang menerangkan cara dan persediaan untuk menjadi penggodam beretika seperti ditulis di Business News Daily.
90. Jadi Penulis Kewangan
Jika anda berpengetahuan dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kewangan, anda boleh tawarkan tip-tip menarik sebagai penulis kewangan online.

Anda boleh amati penulisan mereka untuk dapatkan rumusan bahawa mereka masing-masing mempunyai ilmu dan minat yang mendalam dalam bidang kewangan untuk kehidupan seharian.
Selain itu, ramai penulis-penulis kewangan dalam luar negara kian menjadi rujukan ramai golongan yang berminat untuk menguruskan kewangan dan masa hadapan mereka dengan lebih efisien.
Anda perlu mencari platform permulaan yang sesuai untuk memulakan langkah sebagai penulis kewangan. Jika anda sudah ada portfolio penulisan yang sesuai, boleh gunakannya untuk buat projek atau mencari pelanggan seterusnya.
Bagi yang masih hijau, dan masih di peringkat awal dalam membina portfolio anda, teruskan dan rujuk veteran-veteran kewangan di atas.
Bacaan lanjut: Suraya ada menulis satu rencana mengenai perbelanjaan dan pendapatan sebagai seorang penulis freelance. Anda boleh rujuk untuk bina rancangan dan target anda sendiri.
91. Jadi Guru Kitab Agama Online
Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Islam ialah agama rasmi dan terdapat lebih 60% jumlah muslim dan muslimat manakala 40% lagi adalah penganut-penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan beberapa agama yang lain.

Sama juga untuk guru Bible, jika anda mempunyai kelayakan seperti dari Bible College of Malaysia, anda boleh jadi rujukan pelajar-pelajar kitab Bible.
Untuk agama Buddha dan Hindu, guru-guru terhormat untuk kitab-kitab tertentu juga menjadi rujukan orang ramai. Begitu juga penganut Sikh yang berpandukan Kitab Suci Guru Granth Sahib dan memerlukan panduan guru-guru Sikhisme.
Anda boleh tawarkan kelas-kelas online secara profesional jika anda mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam agama anda sendiri. Pastikan anda mendapatkan lesen-lesen khas untuk tujuan ini.
Bacaan lanjut: Ada sebuah artikel tentang kebebasan dan had beragama di Malaysia yang ditulis oleh dua orang pengkaji tempatan boleh memberi anda gambaran penting tentang situasi lanjut tentang isu agama dan ajaran agama di Malaysia. Pastikan anda pilih platform online yang sesuai untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
92. Tanam dan Jual Pokok Bunga/Sayuran
Berkebun dikatakan satu aktiviti mengurangkan tekanan. Lebih menarik lagi, ia boleh dijadikan sumber pendapatan. Bukan sahaja tekanan berkurangan, kami rasa hilang terus setelah anda tahu bagaimana caranya.
Jika anda mempunyai ruang untuk berkebun minat dan masa, anda boleh buat apa yang dilakukan suri rumah ini:

Jika ada permintaan anda boleh mendapatkan pemborong tempatan sebagai alternatif kepada penjualan online.
Aspek pemasaran penting untuk meningkatkan pendapatan anda. Bagi mereka yang perlukan bimbingan untuk memasarkan hasil tanaman, SME Niaga menulis tentang cara memasarkan tanaman untuk pekebun kecil.
Bacaan lanjut: Modal adalah antara kekangan untuk mengembangkan skala pertanian. Jika anda bercadang untuk serius dalam pertanian kecil sebegini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menawarkan geran Rezeki Asas Tani kepada mereka yang layak.
93. Jual Haiwan Ternakan/Peliharaan
Bagi peminat haiwan, anda boleh menjana duit dengan hobi anda dengan menjual haiwan ternakan atau peliharaan.

Pastikan semua jenis haiwan mendapat permit untuk ternakan dan peliharaan seperti yang tertulis di sini.
Semak juga dengan Akta Kerajaan Tempatan mengenai undang-undang kecil pelesenan haiwan ternakan dan haiwan merayau sebelum memulakan perniagaan anda. Jika tidak anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kemudian, bagi tujuan pemasaran pula anda perlu mengambil peluang menggunakan khidmat pemasaran online yang telah kita bincangkan dalam artikel-artikel sebelum ini.
Bacaan lanjut: Ikuti panduan yang digariskan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia untuk mendapat panduan lebih lanjut. Semoga ternakan anda sihat dan sentiasa comel!
94. Tawarkan Kepakaran Apa Jua Anda di Clarity.fm
Katakan anda ada kepakaran dalam salah satu kemahiran yang kami telah senaraikan setakat ini atau kami terlepas pandang untuk senaraikan, masih ada platform online untuk anda tawarkan kepakaran anda.
Cipta profil anda di Clarity.fm. Usahawan, perniagaan atau mereka yang terlibat dalam start-up mencari pakar untuk membantu perniagaan atau tugasan mereka.

Selain daripada Clarity.fm, anda juga boleh cuba menawarkan kepakaran anda secara online di Zintro dan Measure Match.
Bacaan lanjut: Kepakaran sahaja tidak mencukupi untuk menerangkan dengan jelas kepada pelanggan anda. Anda perlu memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Selain itu, anda boleh melihat tips menjual kepakaran secara online oleh Female Entrepreneur Association ini.
95. Jual Insurans Online
Rata-rata ramai yang tercari-cari insurans yang sesuai untuk mendapat rawatan di institusi kesihatan swasta tatkala hospital-hospital kerajaan dipenuhi pesakit Covid-19 ketika ini.
Di Malaysia, anda boleh menjadi ejen bagi agensi insurans dalam dan luar negara. Ketika musim pandemik, kebanyakkan urusan komunikasi ejen insurans semuanya dilakukan secara online atau panggilan telefon.

- Kenali agensi insurans;
- Ketahui skop kerja ejen insurans;
- Kenal pasti produk-produk insurans yang ingin dijual;
- Semak keperluan lesen mengikut negeri;
- Duduk peperiksaan untuk mendapatkan lesen insurans;
- Semak lesen yang diperolehi;
- Pilih dan dapatkan pelantikan dari syarikat insurans pilihan;
- Cari pelanggan;
- Bantu pelanggan anda; dan
- Kembangkan pemasaran online anda secara optimum.
Bacaan lanjut: Terdapat tiga jenis insurans utama di Malaysia iaitu Am, Hayat dan Perubatan & Kesihatan. Baca di sini untuk belajar lebih lanjut mengenai dunia insurans di Malaysia.
96. Cipta & Jual Komik Digital
Sekali lagi kami sarankan untuk mereka yang berbakat dalam bidang seni. Jana duit dengan karya anda. Sama juga dengan pelukis komik, terdapat pelbagai platform komik online yang patut diraikan bersama-sama. MatKomik sarankan perkara yang sama.
Bagi kaum wanita, jangan risau. Ini bukan masa atau bidang kaum lelaki sahaja. Pastikan anda ikut Reimena Yee. Karya beliau pernah tercalon untuk anugerah antarabangsa, Eisner Awards untuk kategori Best Digital Comic. Amat gah!

Jadi apa tunggu lagi. Jual komik anda dan gunakan kelebihan internet untuk menjadi pelukis komik yang berjaya.
Bacaan lanjut: Izat Aziz ada menerangkan dengan lebih lanjut mengenai beberapa platform komik online yang disenaraikan di atas di Aksiz.com.
97. Komisen melalui Affiliate Marketing
Affiliate marketing adalah sistem pemasaran menggunakan komisen. maksudnya seorang affiliate marketer akan mendapatkan komisen dari setiap penjualan.
Seorang affiliate marketer dari Malaysia, Liu Wee Tang berkongsi tentang beliau mendapat RM8,782.00 dalam masa setahun dengan program affiliate marketing.

Bagi mereka yang mahu memulakan affiliate marketing ini, anda boleh belajar langkah-langkah yang diterangkan oleh Aset Bisnes ini,
Selain itu, sebelum anda mula memilih niche, anda boleh melihat dahulu senarai program affiliate terkini di Malaysia yang disenaraikan oleh Yellow Bees ini.
Bacaan lanjut: Affiliate marketing boleh menjadi pendapatan pasif untuk anda. Sabree Hussin, seorang affiliate marketer berpengalaman memberi tunjuk ajar dan soal jawab berkenaan affiliate marketing.
98. Khidmat Housekeeping atau Pembersihan Rumah
Industri sewaan jangka pendek seperti AirBnb atau homestay semakin mendapat perhatian dan sentiasa ada permintaan. Lebih-lebih lagi kelonggaran yang diberikan kerajaan terhadap sekatan pergerakan.
Anda boleh mengambil peluang ini dengan menawarkan perkhidmatan housekeeping secara online. Grab Maid adalah contoh perkhidmatan housekeeping di Malaysia untuk pelbagai jenis kediaman (termasuk khusus untuk Airbnb) dan pejabat.
Anda boleh bergerak sendiri atau mengajak rakan-rakan untuk tubuhkan satu pasukan housekeeping.
Selain itu, ada juga mereka yang menawarkan khidmat pembersihan kediaman atau pejabat. Servis Cuci Rumah menawarkan khidmat pembersihan selama 4 jam untuk kerja-kerja seperti ruang tamu, dapur, halaman sehingga kepada basuh dan jemur baju.

Jika anda berminat dalam perkhidmatan ini tetapi mahukan niche pembersihan khusus, Malaysia Brands menulis tentang idea-idea kreatif untuk perniagaan pembersihan di Malaysia.
Bacaan lanjut: Anda mungkin berminat dengan perkhidmatan ini tetapi mempunyai kekangan modal. Jangan risau, Jobber Academy menerangkan bagaimana memulakan perniagaan sebegini tanpa modal yang besar.
99. Jadi Perunding Hartanah
Ejen Hartanah berdaftar ialah mereka yang melantik dan menyelia Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator: REN). Jadi kami ingin sarankan anda untuk menjadi Perunding Hartanah dengan platform online sendiri yang efektif!

Jika anda mempunyai minat dan kemahuan untuk menjadi seorang ejen atau perunding hartanah, anda boleh berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH).
Antara tugasan seorang Perunding Hartanah mengikut coretan Perunding Hartanah berpengalaman, Ariff Hussin adalah:
- Kumpul dan cari lead penjual;
- Buat analisis terhadap jualan berpotensi;
- Jalankan pemeriksaan terhadap hartanah yang terlibat;
- Iklankan hartanah;
- Aturkan sesi lihat hartanah;
- Buat dan uruskan perjanjian hartanah; dan
- Aturkan prosess pinjaman & guaman (suratcara).
Bacaan lanjut: Agent Property ada berkongsi informasi tambahan mengenai kerjaya hartanah di Malaysia. Anda boleh baca di sini.
100. Jadi Seorang Influencer Efektif
Kami telah memberikan anda 99 ilmu untuk menjana duit secara online. Tetapi untuk artikel ke-100, kami ingin anda menjadi seorang influencer media sosial yang efektif.

Dengan jumlah pengikut yang ramai, anda boleh menggunakan pengaruh anda di Internet untuk mengejar volume pemasaran anda seperti Retweet berbayar di Twitter, siaran media sosial bertaja, affiliator pelbagai perniagaan, dan pelbagai lagi potensi yang telah kami senaraikan.
Tetapi saranan kami, untuk menjadi seorang influencer yang efektif anda boleh ikut senarai berikut:
- Kenalpasti niche anda dan bina brand anda;
- Pilih platform utama;
- Bina laman web anda;
- Atur kandungan anda mengikut keutamaan;
- Dengar maklumbalas pengikut anda;
- Gunakan elemen hashtag yang berkesan;
- Konsisten;
- Berkolaborasi dengan influencer yang lain;
- Kenalpasti brand-brand yang sesuai dengan niche anda;/li>
- Hos peraduan, sesi AMA dan beri hadiah;
- Reka dan jual cenderahati anda sendiri untuk pengikut di media sosial;
- Kerja kuat, hidup sihat;
- Uruskan tax anda.
Bacaan lanjut: Fahami keperluan ilmu ekonomi digital dengan kaji lebih dalam tentang perspektif percukaian sebagai seorang influencer. Baca tip dari LHDN Malaysia dengan teliti di sini.